Khamis, 13 November 2008

Menjejak Salahuddin Al-Ayyubi bersama Aman Palestin

NAMA Salahuddin Al-Ayyubi dalam sejarah pejuang Islam di kalangan kebanyakan Muslim negara ini, agak asing.
Malah, jarang daripada kita didedah dan terdedah dengan kisah-kisah kehebatan perjuangan dan keteguhan prinsip Salahuddin dalam mempertahan serta menegakkan Islam.
Kerana sejarah dan semangat perjuangan serta keberaniannya sehingga turut di gelaran ‘singa Islam’, Aman Palestin Malaysia merancang mengadakan program ‘Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi’ pada Disember ini.
Ia bermatlamat menjejaki semula kesan-kesan sejarah dan perjuangan yang ditinggalkan Salahuddin sebagai penyuntik semangat generasi Muslim masa kini mendepani ancaman musuh serta mengembalikan imej Islam.
Aman Palestin akan menyusuri negara Jordan, Syria, Lebanon dan Palestin selama seminggu untuk menjejaki semula legasi pejuang Islam itu bermula 3 Disember 2008.
Pengarah program, Nadzmi Mohd. Nadzir berkata, Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi selama seminggu itu akan membawa ahli rombongan menjejaki lokasi yang menjadi sejarah dalam perjuangan ‘singa Islam’ itu.
“Kami buka penyertaan dalam program menyusuri jejak sejarah perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan prihatin dengan perjuangan Islam,” ujarnya.
Penyertaan bagaimanapun tambah beliau, hanya dihad kepada 25 orang peserta yang mendaftar awal dengan kos kira-kira RM6,500 untuk setiap peserta.
Serentak dengan itu kata Nadzmi, rombongan Aman Palestin akan turut meninjau dari dekat projek-projek yang mereka rancang dan telah adakan terutama di kem-kem pelarian Palestin.
Dalam masa yang sama jelas beliau, Aman Palestin akan meneruskan kerja amal dengan melaksanakan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah ini di beberapa kem pelarian Palestin di sekitar Lebanon, Jordan dan Syria.
“Malah Aman Palestin juga akan turut mengadakan sembelihan korban dan akikah untuk rakyat Palestin yang tertindas di dalam negara berkenaan,” jelasnya.
Program itu katanya, akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa badan pertubuhan sukarela yang membantu perjuangan dan pelarian rakyat Palestin di negara yang dikunjungi.
Melalui program korban dan akikah beritahu Nadzmi, mereka akan mendapatkan ternakan daripada penduduk tempatan untuk disembelih dan diagih-agihkan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi-Israel.
Sehubungan itu Aman Palestin mengalu-alukan warga Malaysia untuk menyalurkan sumbangan melalui program korban, akikah dan sedekah korban untuk pelarian Palestin.
Bagi program korban dan akikah di Palestin beritahu Nadzmi, setiap satu bahagian sama ada seekor kambing biri-biri atau satu bahagian lembu berharga RM900.
“Harga itu selaras dengan harga pasaran ternakan yang akan kami beli dari penduduk tempatan bagi majlis sembelihan itu nanti,” ujarnya.
Manakala harga untuk program korban dan akikah bagi sembelihan di kem-kem pelarian di luar Palestin ialah pada kadar RM750 untuk setiap satu bahagian sama ada kambing atau lembu.
Malah Aman Palestin turut menyediakan program sedekah korban bagi menggalak lebih ramai Muslim negara ini menyumbang kepada tabung Aman Pelarian pada harga sekurang-kurangnya RM350 untuk setiap satu.
Kata Nadzmi, semua sumbangan dari program korban, akikah dan sedekah korban itu akan diagihkan terus kepada rakyat Palestin melalui majlis sembelihan di kem-kem pelarian dan rakyat Palestin.
Untuk maklumat lanjut mengenai korban, akikah atau sedekah korban dan program Rehlah Jejak Salahuddin Al-Ayyubi, hubungi talian 03-89267019 atau layari laman web www.amanpalestin.org.

Spirulina bekalkan nutrien untuk kecergasan

''APAKAH produk semula jadi yang mengandungi pelbagai jenis nutrien penting yang lengkap dalam satu makanan tambahan? Saya sentiasa sibuk dan memerlukan pemakanan kesihatan untuk kekal cergas,''
JAWAPAN:
Spirulina merupakan makanan tambahan yang dicadangkan pengambilannya kerana komponen khasiat yang tinggi.
Spirulina mengandungi lebih daripada 60 peratus protein dan kaya dengan beta karotena, vitamin B, mineral, asid gama linolenik (GLA), enzim, pigmen (klorofil, fikosianin dan xantofil) serta mikronutrien yang diperlukan untuk pembaikan sel tubuh.
Spirulina organik sesuai untuk sebarang diet kerana ia senang dihadam, rendah kalori, rendah lemak dan mengandungi pelbagai nutrien penting juga bermanfaat untuk detoksifikasi.
Ia juga meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh dan mengelakkan keletihan. Kepelbagaian nutrien yang terkandung dalam spirulina memberi kelebihan berbanding dengan sesetengah suplemen lain yang mengandungi vitamin tertentu sahaja.
Selain itu, pengambilan nutrien anti radikal bebas seperti beta karotena, vitamin C, E dan mineral zink dan selenium penting untuk melindungi daripada penyakit degeneratif.
Jangan lupa untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dalam diet seharian anda kerana ia diperlukan untuk kesihatan dan kecergasan.

‘Tiada guna menang jika parti tewas’

IPOH 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kemenangan merebut jawatan ketua UMNO bahagian tidak berguna jika parti tewas dan terlepas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri juga menekankan bahawa kedudukan sebagai pemimpin atasan tidak akan membawa sebarang makna jika parti tidak mempunyai kuasa untuk memerintah.
Justeru, katanya, jika UMNO mahu mengembalikan kekuatan dan bangkit daripada kekalahan seperti di Perak, semua pihak mesti kembali kepada asas perjuangan - parti lebih penting daripada perjuangan peribadi.
‘‘Tidak ada gunanya kita menang jadi ketua bahagian tetapi semua kerusi DUN dan Parlimen kita tersungkur.
‘‘Tidak ada maknanya kita jadi pemimpin atasan parti kalau parti kita tidak berkuasa,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Veteran UMNO Malaysia di sini, malam ini.
Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 200 perwakilan veteran UMNO seluruh negara itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Tajudin Ali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali serta dua Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perjuangan jujur dan ikhlas sebagaimana yang diamalkan oleh veteran UMNO membawa maksud amat mendalam kerana ia langsung tidak melibatkan sebarang ‘kira-kira’.
Katanya, nilai perjuangan orang dulu adalah suci kerana sanggup berkorban apa saja untuk kepentingan parti manakala kepentingan diri ditolak ke tepi.
‘‘Jauh sekali pemimpin terdahulu minta apa-apa... yang ada cuma salam perjuangan. Tidak ada istilah salam kosong atau salam bersisi.
‘‘Dulu, tudung Wanita UMNO yang berwarna merah itulah yang dijadikan tempat untuk menadah sumbangan demi perjuangan parti,” ujar beliau.
Kata Najib, walaupun masa dan keadaan sekarang sudah jauh berubah, namun ahli parti mesti terus menghayati nilai perjuangan murni golongan veteran itu demi kebaikan UMNO.

Sabtu, 8 November 2008

GERAI CITARASA ANNA.

Gerai Citarasa Anna terletak di Kuala Kubu Bharu.Berdekatan dengan Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu.Lebih dikenali ramai sebagai kedai bawah pokok.Mempunyai menu2 yg menarik yg disantap.Ada nasi ayam,mee kari,bihun sup,laksa dan juga nasi lemak berlauk...Inilah tempat makan yg terbaik sekiranya anda datang ke Kuala Kubu Bharu....

Jumaat, 7 November 2008

kenapa perlu boikot akhbar?

BARU-BARU ini, saya ada membeli akhbar terbitan sebuah parti pembangkang dan perasaan saya agak terusik dengan salah satu rencana yang disiarkan oleh akhbar milik parti itu.
Di bawah tajuk besar, UMNO dan Utusan Malaysia perlu diajar, penulis rencana itu nampaknya terlalu emosional sehingga isi kandungan rencananya seolah-olah mahu mengajak rakyat memboikot akhbar Melayu yang telah banyak berjasa kepada bangsanya sendiri.
Malah, penulis berkenaan seperti mengajak parti-parti pembangkang lain untuk sama-sama memboikot Utusan Malaysia.
Bagi saya, penulis rencana itu jika benar-benar seorang wartawan, dia tidak sepatutnya terlalu emosional jika percaya kepada kebebasan akhbar seperti mana dilaung-laungkan oleh pemimpin pembangkang parti itu sendiri.
Di mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat sekalipun yang dikatakan jaguh memperjuangkan demokrasi, media massa perdana di negara itu pun tidak terlepas daripada kongkongan tertentu termasuk bersikap berat sebelah dalam laporan beritanya.
Jika Utusan Malaysia dikatakan akhbar suara UMNO dan akhbar berkenaan mewakili suara parti pembangkang tersebut - dengan kedua-duanya dijual di pasaran terbuka - sewajarnya akhbar pembangkang itu juga perlu adil dalam laporan beritanya.
Di Indonesia di bawah era reformasi yang saya percaya pernah diagung-agungkan oleh pemimpin pembangkang tertentu, akhbar-akhbar di republik itu lebih bebas menghentam dan mengecam tanpa had tetapi tiada parti politik di Indonesia yang mengajak diboikot mana-mana akhbar, apatah lagi saman-menyaman.
Pihak atau mana-mana pemimpin politik yang merasakan diri mereka teraniaya atau difitnah boleh membela diri dengan menuntut akhbar berkenaan membuat pembetulan atau menyiarkan penjelasannya. Amalan inilah yang berlaku di Indonesia dan saya percaya di banyak negara demokrasi lain termasuk India.
Bagi saya, sikap pemimpin Pas dalam hal ini adalah lebih rasional. Dan, saya percaya ramai orang Pas termasuk di kalangan pemimpin besarnya turut menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai akhbar harian mereka.
Sikap boikot memboikot mana-mana akhbar sekalipun, sebenarnya tidak sepatutnya berlaku apalagi jika melibatkan parti-parti politik.
Mana-mana parti politik apa lagi yang baru mula bertapak perlu lebih bersikap rasional. Mereka tidak perlu bersikap ekstrem terhadap mana-mana media massa yang tidak sealiran dengan perjuangannya.
Sekarang ini pun, sudah terdengar perbualan rakyat biasa bahawa apa akan jadi kepada kebebasan akhbar di negara ini jika parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat berkuasa kelak.
Sesetengah rakyat mempunyai persepsi sedemikian kerana jika sekarang inipun ada parti pembangkang mula bersikap keras terhadap akhbar tertentu, bayangkan nasib akhbar yang didendaminya seperti Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain sekiranya tampuk pemerintahan bertukar tangan.
Kita lihat saja dalam satu ruangan dalam akhbar pembangkang berkenaan yang turut melahirkan kurang senang dengan sebuah akhbar harian baru yang dikatakan tidak banyak lagi menyiarkan berita-berita yang memihak kepada parti itu.
Apa yang berlaku itu memperlihatkan parti pembangkang tersebut hanya memuji akhbar yang menyebelahi perjuangannya dan memusuhi akhbar yang tidak sehaluan dengannya.
Dan, saya bimbang jika ada pemimpin pembangkang meneruskan sikap antimedia yang tidak sehaluan dengannya, kita mungkin kehilangan ketelusan dan kebebasan media termasuk berlaku pengharaman akhbar atau media seperti Utusan Malaysia tidak lagi perbaharui permit.
Seperkara lagi, persoalan yang timbul adalah kenapa hanya Utusan Malaysia sahaja yang menjadi sasaran untuk diboikot?

LIVERPOOL FAN CLUB.....


LIVERPOOL FAN CLUB.
My favourite team in English Premier League....malam nie Liverpool akan menentang West Brom...kepada penyokong2 Liverpool FC jgn lupa saksikan perlawanan ini malam nie....kepada penyokong MU,Arsenal,Chelsea boleh blah.....
VIVA LIVERPOOL....

RUMAH UNTUK DIJUAL....

SENARAI HARGA RUMAH DI TAMAN IMPIANA,KALUMPANG,HULU SELANGOR....

1. SEMI-D : RM 160,000.00

2. BUNGALOW : RM 185,000.00

3. BUNGALOW : RM 210,000.00

4. BUNGALOW with cash money guarantee : RM 225,000.00

Untuk Pertanyaan sila hubungi:

HASNUL HADI BIN NORDIN
017-2849013

kuala kubu bharu

Salah satu tempat yg menarik di Selangor.Terletak di daerah Hulu Selangor.Satu tempat yg strategik bagi percutian keluarga.Ada kawasan perkelahan keluarga.Mempunyai Institut Pengajian bagi pelajar2 yg ingin melanjutkan pelajaran.Lokasi terletak lebih kurang 50 km dari kuala lumpur dan 20 km dari tg.malim.Cara untuk sampai kesini dgn pengangkutan awam samada bas ataupun komuter.

Khamis, 6 November 2008

ORIDUA CONSTRUCTION SDN. BHD.

Salah satu company tempatan yg melaksanakan projek perumahan eksklusif bagi rakyat Malaysia.Projek perumahan yg dibina ialah projek perumahan semi-D dan banglo.Projek perumahan yg dijalankan ada disekitar kalumpang,kuala lumpur,johor bharu dan tapah.