Khamis, 10 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....

selamat hari raya aidilfitri buat pembaca2 blog kkb jr. semua.....
pandu selamat jiwa selamat....
ingatlah orang tersayang.....

Saman tuntut RM218j terhadap Umno ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak dengan kos tuntutan saman RM218 juta yang difailkan syarikat Elegent Adisory Sdn Bhd (plaintif) terhadap Umno (defendan) berhubung dakwaan parti itu gagal membayar perbelanjaan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11, pada 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater turut memerintahkan syarikat itu membayar RM10,000 kepada Umno. Keputusan itu dibuat dalam kamarnya dengan dihadiri peguam kedua-dua pihak.

Dalam penghakimannya, beliau memberikan dua elemen penting bagi menolak tuntutan saman berkenaan iaitu tiada kontrak antara kedua-dua pihak berhubung pembekalan barang-barang pilihan raya itu.

Selain itu, plaintif gagal memenuhi Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang mana plaintif tidak boleh membuat tuntutan bagi pihak ketiga.

BN sudah ada calon.....

PORT DICKSON: “Kita sudah mempunyai gambaran siapa yang akan bertanding. Siapa dia dan berapa bilangannya (calon), itu rahsia,” kata Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, mengulas mengenai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurutnya, senarai itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan Umno negeri dan Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) apabila diminta berbuat demikian nanti.

“Calon yang dipilih itu mendapat sokongan sebulat suara dari Umno bahagian yang bermesyuarat petang semalam,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Umno bahagian itu di Port Dickson Golf Club, di sini, petang semalam. Turut hadir Timbalannya, Datuk Ismail Taib.

Mohd Isa bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan bilangan calon yang akan dikemukakan untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Rabu, 24 Jun 2009

H1N1........

saban hari di dada akhbar mahupun didalam media2 cetak lain heboh tentang virus H1N1 yg melan da kebanyakan negara2 didalam dunia nie....dari mana datangnya virus nie???pelbagai usaha untuk membendung virus ini tetapi setakat ini menemui jalan buntu...pihak2 kesihatan seluruh dunia banyak menjalankan ujikaji bagi merawat virus tersebut.....setakat ini sudah banyak sekolah ditutup akibat virus tersebut....banyak yg telah dikuarantin bagi mengelakkan penularan virus tersebut.....

sila drop comment anda bagi kita mengenalpasti cara ape yg sesuai bagi membendung penularan virus tersebut sebelum vaksin sesuai ditemui.......

terima kasih......

Selasa, 23 Jun 2009

PAS tolak kerajaan perpaduan.....

parti islam semalaysia (PAS) melalui presidennya telah mencadangkan untuk berbincang dgn UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan.tetapi ia telah menimbulkan tanda tanya serta kecelaruan didalam parti itu sendiri.orang yg kuat menentang ialah mursyidul am nya sendiri.adakah islam menghalang perpaduan seperti yg dicadangkan??rasanya tidak...bagaimana seorang ulama yg disegani di malaysia menolak mentah2 cadangan perpaduan tersebut...malah menuduh UMNO telah menghuru-harakn cadangan penubuhan kerajaan perpaduan tersebut.sedangkan cadangan tersebut datang dari mereka sendiri.UMNO tidak pernah anggap PAS sebagai boneka mahupun kuda tunggangan.fikir2 kan la wahai anak bangsaku dan seagama dgnku...bangkitlah....jgn mudah terpedaya dgn sandiwara politik sekarang ini....walaupun UMNO dan BN telah mentadbir lebih 50 tahun tetapi parti ini lah yg telah membela nasib orang melayu dan nasib rakyat malaysia.parti ini masih lagi relevan....buka minda anda...

Ahad, 31 Mei 2009

kepimpinan baru.....

kepimpinan baru malaysia oleh Datuk Seri Najib telah memperkenalkan konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan prestasi diutamakan.....

untuk sebarang pertanyaan....

untuk sebarang pertanyaan sila e-mail ke alamat:
setia_unggul2009@yahoo.com

kak min or PKR???

baru2 nie selepas percalonan calon pilihanraya kecil penanti kita dikejutkan dgn pengakuan seorang calon bebas kak min @ bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang membuat pengakuan terbuka tentang 2 orang dari PKR membuat tawaran wang kepada beliau....so ape pandangan rakyat Malaysia tentang perkara tersebut???

Khamis, 30 April 2009

Gangguan bekalan air di Lembah Klang

Bagi Kuala Lumpur, kawasan yang terbabit ialah Jalan Padang Tembak; Jalan

Semarak; Jalan Kent; Jalan Gurney; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM;

Felda; UTM; Pusat Latihan Telekom; Jalan Ampang Hilir; Jalan U-Thant; Taman

Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Taman Putra Sulaiman; Taman Cahaya; Taman Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Bandar Tasik Permaisuri; kawasan Desa Pandan; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Pandan Utama; dan Pandan Mewah.

Gangguan di semua kawasan itu bermula jam 8 malam hingga 4 pagi keesokannya.

Gangguan di Wilayah Hulu Langat pula akan berlaku pada 14 Mei mulai jam 5

petang hingga 9 pagi keesokannya dan kawasan yang terbabit ialah Taman Sungai Besi Indah 1 hingga 3; kawasan Industri KTM Balakong; Taman Bukit Belimbing; Taman Juara Jaya; Taman Sri Timah; Taman Harmoni Indah; Tanming Jaya 2; Taman Balakong Jaya; dan Taman Puncak Jaya.

Syabas berusaha meminimumkan kawasan yang terlibat dengan sambungan cara

alternatif lain seperti mengalihkan bekalan dari saluran paip air yang lain, kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan

Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.-Bernama

SPRS sahkan siasat bekas ketua setiausaha

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah kementerian atas dakwaan menerima sogokan lebih RM50,000 daripada sebuah syarikat, baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata kertas siasatan itu kini berada pada peringkat akhir.

"Memang kami sedang menyiasat kes berkenaan. Tidak ada sesiapa lain yang ditahan, hanya dia seorang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khamis, 9 April 2009

Senarai penuh kabinet baru

KUALA LUMPUR: Senarai penuh kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ialah seperti berikut:

Perdana Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri:
Tan Sri Muhyiddin Yasin




Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Nazri Aziz - Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi
Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir - Baharom Hal Ehwal Agama.

Timbalan:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S K Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah.

Menteri Kewangan:
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlan (II)

Timbalan:
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussein

Menteri Pelajaran:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Dr Puad Zakarshi

Menteri Pengangkutan:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
Datuk Wira Abu Seman Yusop
Jelaing anak Mersat

Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan:
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan:
Datuk Joseph Salang Gandum
Heng Seai Kie

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

Menteri Pengajian Tinggi:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad

Timbalan:
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

Menteri Pelancongan:
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Menteri Kerja Raya:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

Menteri Kesihatan:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shilin

Menteri Belia dan Sukan:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Shahrizat Jalil
Datuk Paduka Chew Mei Fun

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
A Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M Saravanan

Jumaat, 3 April 2009

ISA dikaji semula : Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya mengumumkan proses kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimulakan.

13 TAHANAN ISA DIBEBAS

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan serta merta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

1. Pakana Selama
2. Amir Hussain
3. Sundaraj Vijay
4. San Khaing
5. R.Kenghadharan
6. V.Ganabatirau




7. Wan Amin Wan Hamat
8. A Artas A Burhanuddin


9. Francis Indanan
10. Mohd Nazri Dollah
11. Mohd Arasad Patangari
12. Idris Lanama
13. Binsali Omar

Jumaat, 27 Mac 2009

ape kriteria jejaka 'cool'?

APAKAH yang menjadikan lelaki kini 'cool'? Paras rupanya, gajetnya atau adakah pakej secara keseluruhan?

Brylcreem, jenama nombor satu produk penjagaan lelaki menyelami topik ini menerusi kaji selidik unik bersama Harian Metro.


Jejaka 'cool' masa kini. Apa kata anda?

Ini adalah tinjauan kajian secara on-line menerusi salah satu laman web utama di negara ini, www.hmetro.com.my/bcreemsurvey.

Kajian yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia ini mempelawa peserta menjawab satu siri soalan mudah mengenai pendapat dan pandangan mereka mengenai faktor yang menjadikan jejaka kini 'cool'.

Pengarah Pemasaran Sara Lee Malaysia, Low Chooi Hoon, berkata sebagai peneraju jenama produk penjagaan lelaki, pihaknya sentiasa mahu memahami jejaka di negara ini dengan lebih terperinci, khususnya faktor yang menjadikan mereka lebih 'cool'.

"Dalam kaji selidik ini, kami inginkan pandangan anda, baik pembaca lelaki atau wanita apa yang 'cool' masa kini amat dinamik dan boleh diselami dari pelbagai perspektif," katanya.

Kajian unik Brylcreem dan Harian Metro ini kini boleh didapati secara online.

Seramai 100 peserta bertuah yang memberi jawapan secara terus terang akan berpeluang memenangi produk daripada Brylcreem.

Sementara itu, selain Brylcreem, Sara Lee, syarikat global yang terbabit dalam pemasaran pelbagai produk bermutu tinggi dengan operasi di 55 negara dan memasarkan produk jenama di hampir 200 negara turut memasarkan jenama Ridsect, Ambi Pur, Kiwi Shoe, Kiwi Kleen dan Radox.

Sabtu, 21 Mac 2009

Gerai Citarasa Anna....

Untuk mengetahui lokasi gerai tersebut sila hubungi owner kedai tersebut:

Gerai Citarasa Anna
No 5 Medan Selera Jalan Pahang
44000 Kuala Kubu Bharu
Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

016-6332130-Puan Norhana Bt Shahinan.

LOKASI GERAI CITARASA ANNA

Lokasi Gerai Citarasa Anna nie terletak 1 jam dari Kuala Lumpur,berhampiran dgn jalan untuk ke Fraser Hill,Genting Highlands dan 1/2 jam untuk ke tg malim....jika anda ke Kuala Kubu Bharu dtg la ke Gerai Citarasa Anna,No 5 Medan Selera Jalan Pahang,44000 Kuala Kubu Bharu...kalau di Kuala Kubu Bharu lebih dikenali dgn nama kedai bawah pokok....