Jumaat, 30 April 2010

Siling bangunan DUN Pulau Pinang runtuh



Keadaan dalam dewan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berikutan kejadian siling runtuh secara tiba-tiba kiri-kira pukul 3.30 petang di Lebuh Light, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 30 April - Siling bahagian galeri awam bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Lebuh Light di sini runtuh petang ini, tiga hari sebelum Persidangan Penggal Ketiga DUN Ke-12 dijadualkan berlangsung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, siling di galeri berkenaan yang menempatkan tempat duduk untuk orang awam, pemberita dan pencatat minit DUN runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian itu disedari oleh beberapa orang pekerja yang sedang membuat kerja-kerja rutin di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana kebanyakan pekerja berada di luar bangunan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan bangunan berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang ini mendapati beberapa pekerja, pihak polis dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing.

Namun, orang awam, pemberita dan pihak-pihak lain tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut yang dikawal rapi.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh daripada JKR berhubung insiden itu.

''Setakat ini apa yang saya diberitahu runtuhan melibatkan keseluruhan siling bahagian galeri awam yang mampu memuatkan 65 orang.

''Jika kerja-kerja membaiki kerosakan tidak dapat disiapkan dalam masa dua hari, kemungkinan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-12 yang bermula Isnin ini akan dipindahkan ke tempat yang lain. Bagaimanapun, keputusan mengenainya hanya akan dibuat bila laporan penuh diterima," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan sidang berkenaan akan ditangguh buat kali kedua bagi tahun ini, Abdul Halim berkata, pihaknya mempunyai alternatif lain.

Menurutnya, antara langkah yang boleh diambil termasuk memindahkan lokasi persidangan ke kawasan lain seperti Dewan Sri Pinang, Dewan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pada 19 April lalu, persidangan berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan keuzuran Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Beliau tidak dapat menyempurnakan majlis perasmian DUN kerana dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) ekoran masalah kesihatan.

Namun, semalam beliau dibenarkan keluar dari HPP selepas menerima rawatan penyakit berkaitan paru-paru sejak 18 April lalu.

Abdul Halim dijangka akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut di bangunan DUN pada pukul 9.30 pagi esok.

Wisma Putra diminta buat penjelasan....

Hari nie bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM 320B yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.Menurut Tun M kawasan yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M di pesisir Laut China Selatan tsebut telah berpindah tangan sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi....Wisma Putra diminta beri penjelasan mengenai hal ini....

Kronologi pendedahan Kickdefella (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) didalam blognya..http://kickdefella.wordpress.com

2009 -
15 Nov - Penglibatan seorang pengarah syarikat, Nudin Awang menaja pemergian Menteri Besar dan sekeluarga termasuk Mohd Ariffahmi untuk menunaikan fardhu haji dengan kos sebanyak RM 455,000.00

16 Nov - Mendedahkan kerakusan kuasa Mohd Ariffahmi sebagai CEO PMBK dan usahanya menyekat SPRM daripada menyiasatnya apabila didakwa melakukan penyelewengan dalam perbadanan itu.

12 Dis - Pendedahan mengenai perjanjian berkaitan dengan pembangunan Bazaar Tok Guru dan jual beli tanah antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn.Bhd.

2010 -
14 Jan - Kerajaan Kelantan kerugian RM 50juta berkaitan projek pembinaan Bazaar Tok Guru

30 Mac - Mengenai derma oleh sebuah syarikat kepada PASTI sebanyak RM 350,000.00 sekiranya syarikat tersebut diberi kelulusan terhadap satu projek di mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang.

5 April - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas berhutang cukai pendapatan hampir RM 1juta.

28 April - Beliau menerima peruntukan sebanyak RM 4juta bagi tujuan menggerakkan satu operasi gerak saraf.

Syed Azidi (Kickdefella) sedia dedah.....

Semalam kita dikejutkan dengan pengakuan seorang blogger iaitu Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengenai peruntukan sebanyak RM 4juta untuk menjalankan gerak saraf bagi memfitnah kerajaan pimpinan Pak Lah...Hari ini Kickdefella bersedia untuk mendedahkan siapa individu yang memberi RM 4juta tersebut setelah dicabar oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan...Semalam Kickdefella telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya....Dalam masa yang sama Husam Musa menempelak Syed Azidi dengan mendakwa tidak perlu RM 4juta untuk memburukkn kerajaan pimpinan Pak Lah....Kenapa Husam Musa beriya2 sangat nie??takut semacam je??diakah individu yang menyediakan peruntukan untuk Kickdefella tersebut??Berani kerana benar takut kerana salah....

Senator Ezam gugat PKR


SHAH ALAM – Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator dilihat sedikit sebanyak memberi kesan dan menjejaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurutnya, Ezam yang dilihat sebagai ‘musuh ketat PKR’ kini mempunyai platform atau ‘pasport’ yang rasmi sebagai senator di Dewan Negara.

“Saya yakin dengan pelantikan Ezam sebagai senator sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa depan PKR dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai Senator, Atory berkata, Yang di-Pertua Agong di atas nasihat Perdana Menteri berhak melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi ahli dewan negara.

Malah, menurutnya, sebagai pemimpin muda UMNO yang berpotensi tinggi, mempunyai visi dan ketokohannya, Ezam berkelayakan dilantik sebagai wakil generasi muda di Dewan Negara untuk mengetengahkan masalah dan inspirasi generasi itu.

Ahmad Atory berkata, masa depan politik Ezam dalam UMNO juga dilihat cerah dan tidak mustahil dalam pemilihan UMNO akan datang, beliau juga akan tersenarai memegang jawatan dalam parti.

“Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO. Dalam usianya yang masih muda dan di atas sokongan Perdana Menteri tidak mustahil beliau menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO.

“Apatah lagi dengan kelebihan berpidato, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR menjadikan masa depan politik Ezam cerah,” katanya.

Ahmad Atory juga membayangkan tidak mustahil pada pemilihan UMNO akan datang Ezam akan menerajui jawatan Ketua Pemuda UMNO atau Naib Ketua Pemuda UMNO.

Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini.

Tiga NGO buat laporan polis


SHAH ALAM – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum utama di Selangor semalam membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Nizar didakwa membuat hasutan tersebut ketika berceramah di Kampung Baru Kalumpang, 17 April lalu dan kenyataan ceramahnya itu yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadikan klip video dan kini tersebar di Internet.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh Abdul Halim Samad, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Banting, Ramesh Munisamy dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Baru Seri Dengkil, Chan Meng Poh.

Kata mereka, kenyataan Nizar itu sangat berbahaya dan bersifat perbuatan politik melampau dan berniat jahat.

“Tuduhan palsu yang dibuat oleh Nizar ini sangat berbahaya boleh dikira menghasut juga boleh menimbulkan huru hara dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia ini”, kata Abdul Halim yang mewakili kaum Melayu.

Ramesh pula berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Nizar yang boleh membangkitkan masalah antara kaum.

“Kenyataan ini jelas berbaur perkauman serta bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan antara orang Melayu, Cina dan India di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Meng Poh menyifatkan kenyataan Nizar mampu mengeruhkan lagu hubungan antara kaum dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Besar Perak itu.

“Kami mendesak Polis agar mengambil tindakan tegas dan keras terhadap pemimpin ini Dengan itu kami mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau dan disiasat di bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.” katanya.

Adun Pelabuhan Klang serah borang sertai Umno

JANDA BAIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Umno selepas enam bulan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas.

Borang keahlian itu diserahkan Badrul Hisham kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
Majlis itu diadakan selepas Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Institut Latihan dan Memperkasa Umno di sini, semalam, dengan disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT).
Badrul Hisham, 50, keluar PKR pada 29 Oktober tahun lalu dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Dengan kemasukan beliau, BN kini mempunyai 21 Adun dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pakatan pembangkang membentuk kerajaan di Selangor pada pilihan raya umum lalu selepas menguasai 36 kerusi DUN iaitu – PKR (15), DAP (13) dan Pas (lapan), manakala Barisan Nasional (BN) 20 kerusi.

Badrul Hisham berkata, tindakannya untuk menyertai Umno bertujuan memperkuatkan Umno dan BN kerana banyak hal ehwal pembangunan, ekonomi, keba-jikan dan agama yang perlu dilakukan di Selangor.

“Banyak perkara perlu dibuat di Selangor. Jadi saya menyertai Umno untuk bersama-sama BN merampas kembali Selangor,” katanya kepada umno-online.com.
Beliau berkata, masyarakat kini, termasuk orang Melayu berpecah-belah kerana tindakan pakatan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan politik mereka.

Katanya, perpecahan itu menyebabkan banyak kemajuan tergendala.

“Kita perlu kuatkan kedudukan parti dan memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memperjuangkan nasib pengundi dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Khamis, 29 April 2010

PAS cabar Kickdefella....

Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar blogger,Kickdefella (Syed Azidi Syed Abdul Aziz) mendedahkan individu yang terlibat dalam gerak saraf PAS dengan peruntukan RM4juta untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata,dalang tersebut perlu didedahkan sebelum isu ini dibincangkan diperingkat pimpinan PAS negeri sebelum tindakan yang sewajarnya dapat diambil...Katanya lagi untuk membina imej RM4juta tidak menjadi masalah berbanding peruntukan RM77juta Kerajaan Pusat kepada syarikat perunding antarabangsa Apco Worldwide (APCO).....

MCA didesak keluar BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya.

Memerangi si pemberi rasuah

Sejauh mana kefahaman masyarakat mengenai perbuatan memberi rasuah sebagai jenayah serius? Jika disabitkan, seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjarakan dan didenda.

Kebiasaannya, pendakwaan kes-kes rasuah yang dipaparkan media lebih berkisar kepada penerima rasuah, terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dikatakan mempunyai kuasa mengambil atau tidak mengambil sesuatu tindakan yang mana ia memberi manfaat kepada si pemberi rasuah.

Terdapat juga pandangan dan teguran segelintir masyarakat bahawa pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya mengambil tindakan ke atas penerima rasuah. Ada juga antaranya tidak mengetahui memberi rasuah itu suatu kesalahan jenayah.

Bermula dari kewujudan Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan terkini Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, jelas memperuntukkan perbuatan memberi suapan rasuah merupakan kesalahan serius. Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.

Jika disabitkan dengan kesalahan ini, seseorang itu akan berhadapan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Rasuah salah di sisi agama, ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah”.

Rasuah tidak akan berlaku seandainya salah satu pihak, sama ada pemberi atau penerima tidak merestuinya. Rasuah akan berjaya dibanteras jika kedua-dua pihak terbabit enggan melakukannya dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Aspirasi SPRM menjelaskan, jika betul hendak memerangi rasuah, perkara pertama sekali ialah menghindar diri dan caranya mudah, iaitu jangan beri dan jangan terima rasuah!

Namun begitu, kajian ahli-ahli kriminologi barat menjelaskan, rasuah diibarat jenayah tertua dunia sebaris dengan pelacuran. Dari 10 kes hanya satu sahaja dilaporkan. Ini kerana kedua-dua pihak, sama ada pemberi atau penerima mendapat faedah daripada jenayah itu.

Rasuah menjadi fokus kepada apa jua dasar dan strategi pembangunan negara. Sejak awal kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan kita yang berpandangan turut menjadikan rasuah sebagai isu penting perlu diperangi.

Kerajaan menubuhkan sebuah agensi penguatkuasaan khas membanteras rasuah, iaitu Badan Pencegah Rasuah pada 1967. Hari ini ia telah dinaiktarafkan sebagai sebuah Suruhanjaya.

Kerajaan juga melakukan pelbagai transformasi dalam perkhidmatan awam untuk mengubah sikap dan pandangan keseluruhan penjawat awam terhadap rasuah. Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang kini digantikan dengan Jawatankuasa Keutuhan dan Tadbir Urus dan Jawatan-kuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang membincang-kan isu integriti dan rasuah di pelbagai peringkat kepimpinan. Penubuhan pasukan Pemudah dan yang terkini pelancaran Integrity-Pact Dalam Perolehan Kerajaan, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memerangi jenayah rasuah.

Usaha memerangi rasuah bukan mudah. Berasaskan perangkaan SPRM, bagi tempoh 10 tahun, iaitu 2000 hingga Februari 2010, 878 orang ditangkap atas kesalahan cuba menyogok penjawat awam. Secara puratanya seramai 88 ditangkap setiap tahun atas jenayah ini. Dari 878 tangkapan tersebut, hampir 90 peratus melibatkan cubaan menyogok anggota penguat kuasa pelbagai agensi.

Cubaan menyogok ini pula mempunyai kaitan dengan usaha pemberi rasuah untuk mengelakkan dari tindakan atas kesalahan jenayah berat lain seperti dadah, penyeludupan, judi, pelacuran, pendatang asing, kesalahan jalan raya dan sebagainya.

Kes dua anggota polis Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd Tarmazi yang ditawarkan rasuah RM500,000 daripada penyeludup dadah yang membawa 978 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM280 juta wajar dijadikan teladan. Atas kesedaran dan tahap integriti yang tinggi kedua-dua anggota ini telah menolak tawaran rasuah tersebut dan seterusnya menangkap pengedar dadah tersebut.

Justeru sempena Hari Pekerja tahun ini, SPRM akan melancarkan kempen kesedaran besar-besaran kepada semua penjawat awam khasnya dan anggota masyarakat untuk menghentikan perbuatan menyogok penjawat awam.

Di pihak penjawat awam, kempen kesedaran berhubung kewajipan melaporkan apa jua sogokan di bawah seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 akan ditekankan dalam kempen-kempen yang telah dirancang menerusi media.

Akhir sekali masyarakat perlu melihat implikasi jenayah rasuah terhadap politik, ekonomi, sosial dan keharmonian negara dan tidak memandang remeh hanya kerana nilainya kecil atau pelakunya bukan orang kenamaan. Kesedaran itu amat penting!

Rabu, 28 April 2010

Nik Aziz setuju dakwaan Zaid

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7625146.asp

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong dakwaan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenyataannya yang mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan memandangkan perkara yang sama pernah berlaku di negeri ini.

“Saya yakin dakwaan itu kerana depan mata saya sendiri di Kelantan ini orang bagi duit terang-terang.

“Itu bukan cara demokrasi dan cara Islam. Itu cara UMNO, cara nafsu. Jadi kalau timbul masalah duit itu, memang saya percaya,” katanya selepas hadir pelancaran kumpulan dikir barat Sri Halaqat negeri di sini.

Beliau berkata, UMNO terpaksa guna duit kerana mereka tidak ada hujah bila berdepan dengan Islam.

“Bila berdepan dengan Islam, UMNO tak boleh buat apa melainkan guna ISA, guna ugut, guna duit. UMNO ini parti duniawi. Parti dunia, dia tak kira dalam kubur jadi apa, di padang mahsyar nak jadi macam mana.

“Inilah kecelakaan pemikiran orang Islam sekarang. Satu kecelakaan saya ulang. Bila berdepan dengan benda ini dia tak boleh nak buat apa. Sepatutnya UMNO menyerah kalah, menyerah kepada kebenaran,” katanya.

Zaid fail petisyen isytihar keputusan pilihan raya kecil tidak sah

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7624728.asp


PETALING JAYA - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menegaskan beliau akan melancarkan kempen ‘Kenali pemimpin anda’ bagi mendedahkan sikap sebenar pemimpin.

Menurutnya, beliau berharap dengan pendedahan itu sikap sebenar pemimpin dapat didedahkan.

“Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita.

“Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas,” katanya.

Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa melabel beliau sebagai seorang ‘kaki botol’.

”Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka.

“Apa yang saya minum tidak lebih daripada apa yang diambil pemimpin UMNO lain, SPR sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, beliau memfailkan petisyen tersebut kerana menyifatkan pihak lawan dari Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk merasuah pengundi dalam kuantiti yang besar.

Katanya, rasuah tersebut bukan hanya dilakukan pekerja bawahan BN tetapi pucuk pimpinan tertinggi.

“Kalau negara mahukan pilihan raya seperti ini, di mana semua perkara boleh dilakukan tanpa larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka tiada erti kita menjalankan pilihan raya.

“Oleh sebab itu saya membuat keputusan memfailkan petisyen ini dan peguam saya akan merangka asas-asasnya secara terperinci minggu depan,” katanya dalam sidang media di rumahnya, semalam.

Selain itu, Zaid turut mendakwa SPR berat sebelah dan memihak kepada BN kerana tidak menghalang pembelian undi malah SPR turut dilihat bersubahat dengan memindahkan nama pengundi ke tempat lain tanpa pengetahuan mereka.

“Pada hemat saya, SPR ini sepatutnya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa, kerana perkara tersebut tertakluk dalam undang-undang dan ia juga adalah tuntutan rakyat.

“Selagi SPR tidak dapat melakukan kerja, peraturan dan tindakan seperti suruhanjaya pilihan raya negara lain, selagi itulah suara sebenar rakyat tidak kedengaran di negara ini, selagi itu jugalah BN akan memerintah negara,” katanya.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menuntut agar fungsi SPR dikaji semula dan membenarkan pemantau bebas antarabangsa melihat sendiri bagaimana pilihan raya dilakukan.

Katanya, jika kerajaan yang dikuasai BN benar-benar yakin pilihan raya kita telus, seharusnya mereka membenarkan pemantau ini dibenarkan seperti yang dilakukan negara lain.

“Kita harus benarkan mereka (pemantau bebas antarabangsa) masuk mulai sekarang, tetapi mereka (BN) tidak benarkan kerana mereka menipu, saya tanya soalan ini kerana jika mereka telus, kenapa tidak benarkan," katanya

Khir timbulkan sentimen perkauman: PGRM


SHAH ALAM - Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo di dalam blognya supaya Barisan Nasional (BN) menyemak semula dasar kerajaan terhadap kaum Cina di Selangor susulan pendirian kaum itu yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dikritik.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Chang Ko Youn berkata, komen yang dikeluarkan Khir adalah tidak bertanggungjawab dan berunsur perkauman serta boleh menimbulkan salah faham orang-ramai.

Menurutnya, kenyataan tersebut seolah-olah mempersoalkan demokratik Malaysia iaitu bebas memilih dan membuat undian terhadap calon mana yang dikehendaki jelas sekali menentang konsep 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Khir bukan sahabat BN apabila cuba membangkitkan sentimen perkauman yang tidak baik untuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tumpuan pengundi Cina di Hulu Selangor yang lebih berpihak kepada parti pembangkang tidak wajar dijadikan isu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Ko Youn berkata, semua pemimpin BN seharusnya membantu Perdana Menteri menjaga perbuatan dan kata-kata dalam menunaikan wawasan 1Malaysia kerana apa yang dinyatakan Khir boleh menjejaskan kredibiliti BN sebagai parti yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Menurutnya, ini adalah masa untuk kepimpinan BN bekerjasama sebagai satu pasukan memahami masalah kaum Cina sekali gus mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka.

“Sikap menuding jari dan menuduh mana-mana parti atau komuniti hanya akan memburukkan keadaan yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara,” katanya.

Khir, dalam blognya mendakwa dasar Kerajaan Negeri di Selangor yang bergantung pada kuasa orang Cina perlu diberi perhatian dan dinilai kerajaan hari ini agar pengorbanan pengundi Melayu dan India dihargai.

Menurutnya yang merujuk kepada PRK Hulu Selangor, kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan Rakyat bukan bersandarkan isu pembangunan dan polisi sebaliknya ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini adalah DAP manakala Menteri Besar sekadar pembuat kenyataan bukan keputusan.

“Saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India,” katanya.

Rabu, 21 April 2010

Sampah Masyarakat......

Ape sudah jadi nie??belum pun sampai tarikh pembuangan undi poster2 calon pakatan reban dh pun menjadi sampah di sekitar kawasan pekan Kuala Kubu Bharu....bersepah2 poster peliwat tegar dan pemabuk tegar dibawah pokok2 seliaan MDHS...aikk...orang sendiri pun xmenyokong kerajaan negeri pimpinan Khalid gagap ke??hehehehe....nasib la nasib....memang layak jadi sampah je la poster korang berdua nie.....malang sungguh....

Harapkan simpati.....

wahhh....dh pandai meraih undi orang asli....pertama kali terjadi dalam sejarah kempen PKR....ade wakil orang asli ke dalam puak2 haram jadah nie....hehehehehe....selama nie pun BN je yang membela nasib orang asli nie....nampaknya PKR semakin terdesak dalam mempertahankan kerusi P094 Parlimen Hulu Selangor nie...hari2 semakin ramai yang hilang kepercayaan terhadap PKR....

Isnin, 19 April 2010

Salah guna kuasa......




Anwar al-juburi dan puak2 nya semalam datang ke Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu untuk berceramah...puak2 nie dh menyalahgunakan kuasa...menggunakan bekalan elektrik dari gelanggang futsal yang berdekatan yang terang2 milik Persatuan Belia Insaf dibawah Kementerian Belia dan Sukan...sedangkan pihak BN dilarang menggunakan dewan,balairaya,padang dan kwsan lapang untuk berkempen...belum tadbir negara lagi dh salah guna kuasa.....

Ahad, 18 April 2010

Dr Halili keluar PKR masuk Umno

http://www.malaysiakini.com/news/129561

Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Semasa proses penamaan calon berjalan,puak2 haram jadah nie sibuk melakukan provokasi di hadapan Bangunan UMNO Bahagian Hulu Selangor...Provokasi nie dilakukan oleh Ahli Parlimen Batu,Tian Chua...selepas melakukan provokasi terjadinya pergaduhan diantara puak2 haram nie dengan Barisan Nasional...Ini menyebabkan 3 orang penyokong BN cedera di bahagian muka dan kepala kerana terkena balingan batu dan botol oleh puak2 haram jadah nie yang menjadikan masjid Ar-Rahimah sebagai tempat berlindung dan kubu...Budaya samseng seperti inikah yang diterapkan oleh pemimpin puak2 haram jadah nie....

Pengundi ke nie??

Kebanyakan yang hadir pada hari penamaan calon semalam ialah orang luar yang xlayak mengundi di Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor pada 25 April 2010 nie...buat sesak Kuala Kubu je dan menunjukkan budaya samseng di Kuala Kubu Bharu nie sedangkan rakyat Hulu Selangor xpernah bersikap sedemikian meskipun berbeza fahaman politik...Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

Sabtu, 17 April 2010

Mangsa Gengster Puak2 Haram Jadah....

Mangsa gengster puak2 haram jadah PKR,DAP dan hamPAS yang menyerang ke Bangunan UMNO Bahagian Hulu Selangor...Ketua Provokasi tersebut ialah Ahli Parlimen Batu,Saudara Tian Chua....PR menjadikan masjid sebagai tempat berlindung dan mempertahankan diri...ini mencemar institusi agama Islam...Ini perlu dibanteras demi mengekalkan dan mempertahankan agama Islam sebagai agama no.1 di Malaysia....

Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor

Terdapat 4 orang yg bertanding dalam Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor kali nie...ini berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia disebabkan barah otak pd bulan Mac yang lalu....Calon2 yang bertanding ialah Saudara P.Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat, Saudara Johan dan Saudara VS Chandran yg mewakili BEBAS....