Isnin, 3 Mei 2010

Dunia ohhhh Dunia.....

Didalam dunia yang serba canggih dan moden nie masih ada yang berperangai kebudak2an sehingga bertindak di luar akal fikiran yang waras....Masih ada dikalangan manusia hidup seperti di zaman batu sehingga menyangka dirinya masih muda sedangkan sudah hampir menyahut seruan Illahi....Seperti yang berlaku didalam Pilihanraya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini banyak menunjukkan kerakusan dan keganasan manusia sehingga sanggup mengenepikan segala2nya...Cuba lah bertindak mengikut akal fikiran yang waras...Janganlah mengikut nafsu semata2...Ada diantaranya sanggup mengenepikan perasaan penduduk tempatan dengan memperdagangkan kerja menggantung poster bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini....Ada juga yang sanggup makan duit yang sepatutnya dikongsi bersama2....Adakah benda2 yang seperti ini yang diterapkan dalam Barisan Nasional??Saya terpanggil untuk menulis luahan ini kerana marasakan tanpa ada tindakan selanjutnya UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami masalah yang besar sekiranya hal2 seperti ini berlaku lagi...Hal ini perlu dibendung sebelum ianya menjadi daging yang membusuk didalam parti.....Poster,PA system,Media dan sebagainya semua peruntukan di'songlap' oleh individu yang tidak bertanggungjawab....Semasa bermulanya Pilihanraya iaitu sebelum turunnya peruntukan orang2 ini lah yang banyak mendatangkan masalah....Ingatkan setakat itu sahaja,rupa2nya tidak...Mereka semakin rakus dengan men'songlap' duit sepatutnya dibahagi sama rata dengan orang2 lain yang terlibat...Adakah ini yang dinamakan adil dan telus??Jangan salahkan pengundi sekiranya UMNO dan BN tewas pada Pilihanraya Umum ke -13 yang bakal berlangsung dalam masa 2 tahun lagi....Kepada kepimpinan parti2 yang bernaung dalam Barisan Nasional tolong pantau dan ambil tindakan kepada individu2 terbabit....

Tiada ulasan: