Ahad, 2 Mei 2010

Isu RM4 juta: Lapor polis atau SPRM jika Pas salah

SHAH ALAM – Pas mencabar Kickdefella untuk membuat laporan Polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan pimpinan Pas mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda dalam isu RM4 juta.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, Pas tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella atau Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

”Beliau kini terdesak untuk kembali bersama UMNO yang baru-baru ini sanggup membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Idris berkata, Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat.

”Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. Pas sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini,” katanya.

Menurutnya, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan Pas Kelantan, namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan.

Tiada ulasan: