Isnin, 3 Mei 2010

Kickdefella sambung keterangan isu RM4j



PUTRAJAYA - Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam, hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 3 petang.

“Dia turut membawa bersamanya beberapa dokumen tambahan untuk dijadikan rujukan oleh SPRM,” katanya.

Jumaat lepas, Syed Azidi memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini berhubung dakwaan menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syed Azidi turut mendakwa kerajaan Pas Kelantan menyalurkan sumber kewangan itu untuk gerakan tersusun memastikan parti kekal berkuasa di negeri itu.

Tiada ulasan: