Sabtu, 8 Mei 2010

Orang Melayu sendiri lupa asal usul

KUALA LUMPUR 8 Mei - Episod penentangan terhadap institusi raja di negara ini berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang lupa asal usul dan 'dahan' tempat mereka bergantung.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sehubungan itu menasihatkan orang Melayu menyedari kesilapan berkenaan sebelum ia menjadi ikutan kaum lain.

"Pokoknya ialah orang Melayu sendiri dan bukannya masalah bukan Melayu sangat, orang Melayu sudah lupa asal usul dan di mana dahan bergantung mereka, ini masalahnya.

"Orang Melayu mesti sedar, kalau tidak sedar rakan-rakan kita contohnya orang Tionghua akan melihat perbuatan orang Melayu dulu.

"Kalau orang Melayu sendiri yang menegur secara di luar 'sangkar' atau di luar 'barisan' maka pihak lain akan kata, Melayu yang mulakan, bukan kami," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Lawatan ke Pameran Keranda; Tradisi Dan Misteri di Muzium Negara di sini hari ini.

Tiada ulasan: