Ahad, 23 Mei 2010

Pas cadang benarkan bukan Islam mengundi

KLANG 23 Mei - Pas akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu mungkin akan direalisasikan dengan penubuhan sayap baru parti itu iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Bagaimanapun kata beliau, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti yang sedia ada selain perlu mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

''Sebelum itu berlaku, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DHPP Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sehingga kini DHPP mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara.

Tambah beliau, beberapa pemimpin DHPP Kebangsaan telah dilantik hari ini dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri

Tiada ulasan: