Ahad, 2 Mei 2010

Pilihan raya kecil galak amalan rasuah



SHAH ALAM - Pas mempersoalkan relevan pilihan raya kecil diadakan di negara ini sekiranya ia menggalakkan kepada amalan rasuah sepanjang kempen berlangsung.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan Pusat telah menghabiskan berjuta-juta ringgit dalam 11 pilihan raya kecil termasuk di Hulu Selangor dan jumlah tersebut lebih tinggi dari kos yang digunakan ketika pilihan raya umum.

“Kalau SPR gagal membuktikan perjalanan pilihan raya dengan bersih, rasuah diberi, janji-janji pilihan raya diberi dan kita menghabiskan jutaan ringgit, tidak ada gunanya.

“Kalau tengok dalam 11 pilihan raya kecil ini, kosnya mengatasi pilihan raya umum, sebagai contoh untuk pulih sahaja pilihan raya di Terengganu RM150juta dihabiskan. Jadi saya fikir dengan jentera kerajaan turun dengan rasuah menjadi-jadi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Selangor di Dewan Jubli Perak, di bangunan SUK, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya kecil hanya akan meningkatkan lagi kadar rasuah dalam negara dan kalangan pem:impin.

“Ini sebagai satu pandangan sahaja, saya melihat bahawa pilihan raya kecil sudah lari dari sistem politik demokrasi," katanya.

Tiada ulasan: