Khamis, 13 Mei 2010

Roboh tembok besar China


PASUKAN Piala Thomas negara bakal berhadapan dengan cabaran sengit apabila turun bertemu pasukan juara bertahan, China pada saingan separuh akhir petang ini.

Pastinya kelibat pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain utama China, Lin Dan akan menjadi tumpuan bagi lebih-lebih kedua-dua pemain ini dianggap musuh tradisi dalam dunia badminton.

Sekiranya Chong Wei berjaya menundukkan ayam tambatan China, Lin Dan, pastinya peluang skuad negara untuk mara ke final lebih cerah.

Apa yang pasti, pemain-pemain negara tidak perlu takut dengan pasukan China. Kekuatan mental memainkan peranan penting dalam mencari mata kemenangan walaupun rekod sebelum ini pasukan China lebih mengatasi skuad negara.

Bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat, meramal Malaysia boleh mengatasi China pada pertemuan ini.

Bagaimanapun, katanya, bebanan terletak di bahu pemain nombor satu dunia, Chong Wei dan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong untuk meraih mata penting bagi membuka laluan ke perlawanan akhir.

“Perseorangan dan beregu pertama negara harus menang perlawanan masing-masing dan mata penentuan mungkin daripada beregu kedua Malaysia,” katanya semalam.

Berdasarkan perhitungan, Malaysia mempunyai peluang seimbang dengan kelebihan masing-masing dan kemenangan beregu akan meningkatkan semangat pasukan Malaysia, katanya.

“Faktor ini serta sokongan penonton tuan rumah, saya percaya Malaysia boleh merobohkan Tembok Besar China esok (hari ini),” kata pemain berusia 28 tahun itu yang merangkul pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004

Tiada ulasan: