Selasa, 4 Mei 2010

Tarik semula kenyataan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk :Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri menarik balik kenyataan terbukanya yang mengatakan beliau mengingkari perintah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Mursyidul Am Pas itu berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian pada 25 April, adalah suatu pandangan bertujuan melaga-lagakan-nya dengan pihak Istana Selangor.

Nik Abdul Aziz juga mendakwa akhbar itu memfitnahnya dalam sebuah laporan sehari sebelum itu bahawa beliau telah mempertikai larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.

“Saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, semalam.

:Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di negeri Selangor tidak digunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan politik, bagi memelihara perpaduan.

Nik Abdul Aziz menafikan bahawa beliau telah membuat kenyataan yang mempertikai perintah Sultan Selangor tersebut. Beliau berada di Hulu Selangor untuk membantu kempen calon pembangkang.

“Saya tidak pun memberi respons dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan: