Khamis, 20 Mei 2010

Wujud dalang di sebalik tindakan V. Mugilan

KUALA LUMPUR 20 Mei – Ketua Pemuda MIC , T. Mohan mendakwa wujud dalang yang menjadi perancang di sebalik tindakan timbalannya, V. Mugilan mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden parti itu secepat mungkin.

Menurutnya, tingkah laku Mugilan mula berubah sejak Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor lalu apabila MIC menolak beliau sebagai calon pada pilihan raya tersebut.

“Kami yakin wujud individu tertentu yang mempengaruhi Mugilan untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan negatif terhadap presiden parti demi mencapai agenda mereka.

“Kami sudah mengenal pasti individu berkenaan dan yang pasti dia bukan daripada parti komponen Barisan Nasional seperti yang didakwa sesetengah pihak,’’ katanya pada sidang akhbar di Wisma Manickavasagam di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri tiga pemimpin sayap MIC iaitu Ketua Wanita, Datin Paduka M. Komala Devi; Ketua Putera, P. Kamalanathan dan Ketua Puteri, Senator Usha Nandhini sebagai tanda sokongan terhadap Samy Vellu.

Tiada ulasan: