Jumaat, 7 Mei 2010

Zaid perlu minta maaf.....

KUALA LUMPUR 7 Mei - Penyelaras pakatan pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran kenyataan biadabnya bahawa titah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai larangan menggunakan masjid dan surau sebagai medan berpolitik, adalah bersifat peribadi.

Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh yang mewakili Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor berkata, titah Sultan Selangor itu bukan pandangan peribadi baginda tetapi satu perintah yang telah dikeluarkan pada 18 September tahun lalu.

Menurutnya, perintah mengenai larangan tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga mufti negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) sewaktu larangan itu dikeluarkan.

''Ia telah disampaikan kepada semua nazir masjid dan pernah dipaparkan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor. Mungkin Zaid tidak pernah bertanya kepada nazir-nazir masjid berkenaan larangan itu ataupun tidak pernah melihatnya di dalam mana-mana masjid di Selangor.

''Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

''Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar 'datuk' dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah," katanya.

‘‘Tohmahan Zaid bahawa apa yang dititah Sultan Selangor itu bersifat peribadi menunjukkan kejahilannya dalam undang-undang dan fakta-fakta berkenaan larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid dalam blognya yang mempersendakan titah perintah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Dalam kenyataan itu, Zaid mendakwa kenyataan titah Sultan Selangor bersifat peribadi dan bukan arahan rasmi kerana tidak merujuk kepada MAIS.

Tambah Zaid, Perlembagaan menetapkan sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Mengulas lanjut, Wan Mahmood berkata, Subfasal 55 (2) (d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyatakan bahawa sultan mempunyai kuasa dan budi bicara sendiri dalam menjalankan tugas baginda sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Tambahan pula katanya, perintah supaya tidak menggunakan masjid sebagai tempat berkempen politik kepartian itu dikeluarkan kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat Islam sendiri sekiranya tidak dielakkan.

‘‘Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor dan nazir-nazir masjid berasa sedih apabila seorang yang bergelar ‘datuk’ dan berpengalaman dalam undang-undang mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati seseorang raja yang memerintah,” katanya

Tiada ulasan: