Isnin, 26 Julai 2010

DAP cabar bumiputera !!!

Sekali lagi DAP cuba mencabar hak bumiputera dengan mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri Selangor...Ini dicadangkan oleh Tony Pua...Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu disifatkan tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan...Nampaknya DAP semakin lantang mempertikaikan hak2 bumiputera sebab ade Melayu bangsat yang rela bangsa dan agamanya tergadai....Apakah rakyat Melayu sedia dijajah sekali lagi....


Wassalam....

Perhatian !!!!



















Perhatian !!! pelbagai jawatan kosong untuk diisi....tawaran menarik untuk rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor....

Isnin, 19 Julai 2010

Belum berbincang dh xsetuju....

Perbincangan diantara PAS dan UMNO perlu untuk menentukan hala tuju orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia nie...Perbincangan belum pun dilakukan tetapi sudah ditolak oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz...Apakah Nik Aziz menolak perbincangan sesama Islam dan bersekongkol dengan kafir laknat DAP??Semakin hari semakin teserlah kepimpinan 'ulamak' Nik Aziz nie yang sering dibangga2kan oleh penyokong tegar PAS...Nik Aziz sebenarnya hanya ahli politik biasa bukanlah ulamak seperti yang diwar2kan oleh penyokong2nya...Betapa jahilnya Nik Aziz monolak perbincangan sesama Islam tetapi lebih menjaga hubungan baiknya dengan DAP...Apa penyokong PAS semuanya buta ke???Mana pegi akal waras penyokong PAS semua???

Wassalam

Admin 'AMBUR' memang pengecut....

kkb Jr memang pelik ngn gelagat dan perangai admin ANAK MUDA BENCI UMNO RELOADED ( AMBUR ) nie...kenapa la mereka suka sangat block pejuang2 cyber BN yang menyerang page mereka dengan persoalan2 yang dibangkitkan...Adakah admin2 nie sekadar syok sendiri dengan penulisan mereka sampaikan pejuang2 BN semuanya di'delete' dari memberi komen ataupun persoalan....kepada admin2 AMBUR - kalau nk berjuang xperlu rs takut dengan kehadiran pejuang2 BN dalam page anda...kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai...


Wassalam....

Khamis, 8 Julai 2010

Anwar takut dengan keupayaan BN....

Nampaknya Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Brahim takut dengan senario kebangkitan yang dipamerkan oleh BN sejak akhir2 nie...So dia dh ingatkan anak2 buah serta jenteranya supaya berwaspada dengan Barisan Nasional negeri Selangor yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak....Dia meminta supaya Khalid Ibrahim memahami keadaan ini padahal memang dia nk singkirkan Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar untuk memberi laluan kepada anak emasnya, Azmin Ali bagi mentadbir negeri Selangor...Segala perancangan Anwar untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim telah diketahui umum...Jangan berdolak dalih lagi la....Semoga BN terus perkukuhkan parti bagi menangkis segala ancaman dan tohmahan dari PR yang diterajui oleh Anwar....

Sayangi Selangor Yakini BN

Wassalam....

Mana PAS DUN Teratai??











Majlis Tilawah dan hafazan Al-Quran dianjurkan oleh 'Ustazah' Jenice Lee ??Mengapa ini terjadi??Ke mana perginya puak2 PAS DUN Teratai nie sehingga membiarkan seorang kafir yang menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran nie??Lihat sahaja bannernya...Mempamerkan gambar 'Ustazah' Janice Lee yang mendedahkan aurat sedangkan majlis tersebut ialah majlis yang berkaitan dengan agama Islam...Banner tersebut satu penghinaan kepada umat Islam...xtau la kalau puak2 PAS tetap menyokong...memang bebal la nampaknya puak2 PAS nie...dh gila dan sesat...Jangan biarkan kafir menghina institusi agama Islam yang mulia nie...Sia2 je la perjuangan Islam PAS ( konon2nya)...Mana pergi slogan 'Membangun bersama Islam' tu??dh campak dalam Sg. Klang ke??Kita tunggu ape feedback dari pemimpin2 dan ulama2 dari PAS....

Wassalam....


Sekadar parti 'Halfcut'

kkb Jr melihat senario politik sekarang amat berbeza sekali terutamanya dalam pembangkang iaitu Pakatan Rakyat....Terbukti pakatan hanya dongeng dahulu kala yang kononnya menyatukan 3 parti PAS,DAP dan juga PKR...Nampaknya parti PAS dan PKR hanyalah parti 'halfcut'...PKR halfcut depan dan PAS 'halfcut' belakang manakala DAP pula ialah pemandu bagi kereta 'halfcut' tersebut...kkb Jr mengatakan ini semua adalah kerana PAS dan PKR sentiasa tunduk pada desakan dan arahan DAP...Alangkah bodohnya kedua2 parti ini...Saling tak ubah seperti anjing peliharaan DAP....Entah bila puak2 PAS dan PKR nie hendak berubah dari menjadi anjing peliharaan DAP yang hanya menyalak2 demi mempertahankan agenda komunis DAP...Jangan dh tergadai Malaysia kepada DAP baru nk sedar diri..Sama la nasib Malaysia nie dengan Singapura yang satu ketika dahulu menjadi milik Malaysia....

Wassalam


Admin AMBUR bookie haram ???

Nampaknya semakin hangat diperkatakan mengenai lesen judi bola sepak sehinggakan admin 'ANAK MUDA BENCI UMNO RELOADED' telah melakukan demo bantahan lesen judi bola sepak...Bersungguh2 admin AMBUR nie membantah lesen judi bola sepak...Rupanya ada udang di sebalik batu...Admin AMBUR sendiri mungkin bookie haram dalam judi bola sepak nie...Pasal tu bersungguh2 membantah lesen judi bola sepak sebab takut keuntungan sedikit sahaja kerana terpaksa membayar lesen judi bola sepak kepada kerajaan...

Judi adalah haram disisi Agama Islam....

Rabu, 7 Julai 2010

Cubaan tanam kebencian institusi Melayu

Tindakan pembangkang serta sebuah akhbar berbahasa Inggeris mempolitikkan isu pembinaan Istana Negara tanpa melaporkan fakta sebenar bertujuan menanam kebencian masyarakat terhadap institusi Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha terancang itu jelas terbukti apabila pembangkang mula menggelarkan istana yang sepatutnya menjadi lambang kedaulatan negara sebagai 'istana air mata'.

"Saya fikir mereka sedang menuju ke arah mewujudkan budaya kebencian kepada institusi Melayu yang secara tradisinya telah wujud sekian lama bagi memayungi rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Secara tidak langsung ia bertujuan mewujudkan kebencian terhadap orang Melayu. Melalui kebencian ini mereka berharap rakyat bukan Melayu akan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Inggeris dan pembangkang melaporkan maklumat salah mengenai pembayaran gaji pekerja asing yang terbabit dalam pembinaan Istana Negara.

Sebelum ini, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor mendakwa, pihak yang terbabit dalam mempolitikkan isu Istana Negara berniat jahat dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dengan segera.

Menurut Ahmad Zahid, walaupun strategi dan niat pembangkang itu sudah jelas tetapi masih ramai masyarakat Melayu yang tidak sedar dan bersikap sambil lewa mengenai perkara itu.

"Memang benar Istana Negara bukan hak milik Melayu tetapi raja-raja yang bersemayam di dalamnya ialah raja Melayu yang menjadi lambang kedaulatan kita. Niat jahat ini perlu dipatahkan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara ini," jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pembinaan Istana Negara tidak harus dilihat dari segi kos semata-mata, sebaliknya ia adalah lambang keagungan negara yang wajib dipertahankan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Anwar didakwa bangkrap idea

Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang kredibiliti individu-individu yang membuat dakwaan berkaitan hubungan parti itu dengan Raja Petra Kamaruddin merupakan taktik 'basi' beliau untuk mengalih tumpuan daripada isu berkenaan.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari berkata, sikap berdolak-dalik Anwar juga menunjukkan beliau bankrap idea dan gugup untuk berhadapan dengan isu dakwaan penglibatan PKR dalam menaja kehidupan Raja Petra dan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam di London.

"Saya sendiri dituduh Anwar menerima upah oleh pihak tertentu bagi mengeluarkan kenyataan berkaitan isu terbabit. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

"Sering kali Anwar mengambil langkah mengalih perhatian daripada menjawab isu pokok dengan menyerang kredibiliti mereka yang mendedahkan kepincangan beliau. Taktik itu sudah basi dan saya cabar beliau supaya memberi penjelasan mengenai perkara itu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sikap Anwar yang dilihat cuba berdolak-dalik mengenai dakwaan penglibatan PKR dalam menaja kehidupan Raja Petra yang juga pengendali portal Malaysia Today dan Balasubramaniam di London.

Menurut laporan akhbar hari ini, Anwar ketika ditanya mengenai tuduhan itu bagaimanapun tidak menjawabnya secara langsung sebaliknya mempersoalkan kredibiliti individu-individu yang membuat dakwaan tersebut.

Seperti mencabar pihak berkuasa, Anwar turut memperlekehkan keupayaan pihak polis dengan mengatakan beliau sendiri akan berjumpa dengan Raja Petra sekiranya berkesempatan ke London pada masa depan.

Baru-baru ini, gambar Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain disiarkan di laman web Malaysia-instinct.com.

Dipercayai gambar itu dirakamkan di United Kingdom kerana kedua-dua individu berkenaan berada di negara tersebut. Pada 30 Jun lalu, laman web Malaysia Today menyiarkan gambar Raja Petra bersama Zaid.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd. Noor menjelaskan bahawa sandiwara Anwar telah sampai ke titik penamat dan pemimpin pembangkang itu tidak perlu berdolak-dalik lagi.

"Sudah cukup beliau membuang masa rakyat dan negara dengan berdolak-dalik dalam banyak perkara. Raja Petra dan Balasubramaniam tidak ada nafsu sebesar Anwar untuk rosakkan imej pemimpin negara," katanya.

Bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sikap berdolak-dalik Anwar jelas menunjukkan sikapnya yang selama ini suka berpura-pura dan tidak menghormati orang lain terutama pihak berkuasa negara ini.

Dalam hal kunjungan beliau ke Amerika Syarikat (AS) katanya, Anwar menyalahkan laporanUtusan Malaysia tetapi pada masa yang sama beliau langsung tidak menafikan telah meminta maaf kepada pemimpin Yahudi kerana kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.

"Begitu juga dalam kes Raja Petra dan Balasubramaniam, bukanlah perkara mustahil jika penempatan kedua-dua individu itu dirancang dan diketahui oleh Anwar lantaran peranan mereka untuk memburuk-burukkan imej negara serta bertindak sebagai pelobi Anwar.

"Oleh kerana kertas siasatan mengenai individu dan parti politik yang menaja Raja Petra telah dibuka, maka Puteri UMNO menggesa supaya siasatan segera dan menyeluruh dilaksanakan supaya pihak-pihak yang kurang ajar dan berlagak bijak itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan,'' tambahnya.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui Malaysia Today.

Balasubramaniam pula menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan sumpah berbeza berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Anwar burukkan imej negara dalam wawancara bersama CNN

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dalam usaha menjejaskan imej negara di mata dunia.

Terbaru, ketika beliau diwawancara dalam rancangan Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu.

Selain menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan, Anwar dalam rancangan selama enam minit itu turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara apabila ditanya mengenai tuduhan liwat yang dihadapinya ketika ini.

Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

''Mereka juga mengamalkan polisi pemerolehan tanpa tender dan akhirnya yang mendapat faedah daripada corak pemerintahan ini ialah kroni-kroni mereka.

''Golongan ini yang mendapat habuan beratus juta ringgit. Kerajaan ini jugalah yang telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu orang Melayu yang miskin,'' katanya dalam rancangan tersebut.

Rakaman wawancara itu boleh dilayarihttp://edition.cnn.com/video/data/2.0/video/world/2010/07/02/ctw.cotd.anwar.ibrahim.cnn.html.

Ketika menjawab soalan mengenai tuduhan liwat ke atasnya, Anwar mendakwa yang beliau menjadi mangsa kepada rejim pemerintahan korup.

''Kerajaan ini telah menafikan hak saya. Anda bayangkan saya dituduh atas satu kesalahan jenayah tetapi saya tidak dibekalkan dokumen yang diperlukan.

''Mengenai laporan polis, pihak saya hanya dibenarkan melihat laporan itu enam bulan selepas ia dibuat. Jika benar-benar saya dituduh dalam satu sistem kehakiman yang adil mengapa ada cubaan untuk memburuk-burukkan peribadi saya dengan tuduhan ini?'' katanya.

Berhubung kenyataannya mempertikaikan sistem kehakiman di negara ini, beliau berkata, itu bukan pandangannya semata-mata tetapi ia disokong dengan pandangan oleh beberapa pihak.

Antaranya beliau berkata, Majlis Peguam, Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa, Persatuan Peguam Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kebebasan kehakiman.

''Mereka secara konsensus menyatakan ada yang tidak kena dalam keseluruhan proses kehakiman kita,'' ujarnya.

Anwar di dalam rancangan tersebut turut mengulas mengenai pelaksanaan hukuman syariah di Malaysia.

Soalan yang dikemukakan berkisar sama ada pelaksanaan dua sistem undang-undang di Malaysia iaitu sivil dan syariah yang kadang-kadang boleh menimbul kekeliruan.

''Dalam pelaksanaan undang-undang syariah, kita perlu pastikan ia adil dan dalam masa yang sama kita perlu membuat pembaharuan untuk memastikan sistem perundangan ini benar-benar memberi keadilan.

''Namun begitu, seperti mana ketetapan yang telah dibuat sebelum ini, undang-undang syariah tidak akan dilaksanakan kepada rakyat bukan Islam,'' katanya.

Zahrain serah bukti PKR biayai Raja Petra di London

Bukti yang mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membiayai perbelanjaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di London telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, kata Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar).

Katanya, beliau telah menyerahkan bahan bukti itu yang berbentuk kandungan e-mel kepada Nazri dan beliau sendiri sedia disoal siasat oleh polis berhubung perkara itu.

"Saya sudah bagi dokumen itu kepada Nazri. Bukti itu nanti akan didedahkan pada masa yang sesuai dan menteri pun saya percaya dia sedia disiasat polis dan saya pun bersedia jika polis nak jumpa (saya) dan bincang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sabtu lepas, Nazri berkata, kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra, yang melarikan diri ke luar negara, dibiayai oleh PKR di London.

Zahrain berkata, beliau berharap kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan terperangkap dengan permainan politik PKR khususnya yang melibatkan isu Raja Petra dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Sehubungan itu, beliau memuji keputusan SPRM baru-baru ini untuk tidak menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tahniah kepada SPRM kerana tidak pergi ke London jumpa Balasubramaniam.

"Kita pun tahu kalau pergi pun apa yang Balasubramaniam akan dedah sebenarnya adalah kata-kata atau skrip yang telah dibuat oleh peguam.

"Sebenarnya peguam ini ialah peguam PKR yang rapat dengan Anwar," katanya.

Zahrain juga menggesa Anwar dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya supaya meminta Balasubramaniam dan Raja Petra pulang ke Malaysia.

"Kalau mereka ini adalah pemimpin negara yang bertanggungjawab, mereka harus nasihat dan meminta supaya kedua-dua mereka pulang ke Malaysia dan berdepan dengan sesiapa sahaja," kata Zahrain.

Zahrain juga menyokong kenyataan Anggota Parlimen Bebas, Wee Choo Keong mengenai peranan Anwar dan Zaid dalam kes yang melibatkan Raja Petra dan Balasubramaniam, kerana menurutnya, "mereka ini rapat". "Beberapa akhbar juga telah mengeluarkan gambar mengenai sahabat-sahabat akrab ini di London. Duduk di London bukannya murah, ia melibatkan kos yang tinggi, saya percaya mereka ada orang yang taja," kata Zahrain.-

Perkasa dakwa Kim Sen menghasut

Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen dalam laman web Merdeka Review bukan sahaja berbaur hasutan malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan ahli Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan orang Melayu yang menyokong pertubuhan itu.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, Kim Sen dalam kenyataan bertarikh 1 Julai lalu mengatakan bahawa Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA.

"Kenyataan Kim Sen itu dibuat ekoran tidak puas hati dengan artikel yang disiarkan dalam Suara Perkasa, lidah rasmi Perkasa yang menggesa Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan hak orang Melayu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, jika sekiranya ada ahli-ahli Perkasa yang tercedera atau berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini akibat kenyataan berbaur hasutan itu, maka Kim Sen harus dipertanggungjawabkan.

"Perkasa berharap polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan Kim Sen itu kerana ia boleh menimbulkan ketegangan kaum,'' katanya.

Tambahnya, Kim Sen juga turut menyebut "memang celaka betul" dalam kenyataan tersebut dan ia merupakan kenyataan paling biadab dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada orang Melayu.

"Ia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh ahli sebuah parti politik,'' katanya.

Menurutnya, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran tidak sepatutnya mempertikaikan hak istimewa orang Melayu di dalam pemberian biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

"Perkasa berpendapat Ka Siong tidak layak memegang jawatan sekarang dan perlu dipecat kerana menimbulkan isu sensitif dan mengungkit Perkara 153 yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan negara,'' katanya.

Malah jelasnya, kenyataan itu juga akan membuatkan Ka Siong dibenci pengundi Melayu serta pemimpin MCA lain, serta boleh menjadi antara punca orang Melayu enggan mengundi calon MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Perkasa ingin mengingatkan Ka Siong bahawa 60 peratus pengundi di Parlimen Air Hitam adalah orang Melayu dan mereka sebenarnya kecewa atas perbuatan beliau yang mempertikai hak istimewa orang Melayu,'' jelasnya.

Selasa, 6 Julai 2010

PR dh buat...BN bila lagi??

PR melancarkan Operasi Pendaftaran Pengundi Baru 2010 secara besar-besaran di seluruh negara yang dinamakan PROGRAM PENDEMOKRASIAN RAKYAT...BN langsung xnampak gerak kerja seperti yang dilakukan oleh PR...Adakah BN sudah hilang minat untuk menawan kembali Selangor...Apakah wadah perjuangan yang selama ini digenggam utuh sudah lemah??Dimana pemimpin-pemimpin yang menarajui barisan pembangkang di Selangor ini??Mengapa mengambil sikap berdiam diri sedangkan PR galak menjalankan program yang akan memberi kesan kepada Barisan Nasional...Semakin hari kepimpinan UMNO Selangor dilihat semakin lemah sedangkan rakyat dan suara akar umbi di bawah mahukan Barisan Nasional melakukan transformasi bagi menarik minat rakyat untuk terus bersama BN...Apakah pemimpin-pemimpin di Selangor ini sudah merasa terlalu selesa sehingga tidak memperdulikan rakyat selepas kemenangan di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lalu...Ayuh bangkit semua kita lakukan gerak kerja bagi menawan kembali Selangor yang kita cintai ini dari tangan pembangkang...Semua sayap dalam UMNO dan BN harus bekerjasama bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia cetusan Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan....

Sayangi Selangor Yakini BN

Wassalam......

Karpal tidak wajar bangkit dasar negara Islam

Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar membangkitkan soal dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas kerana kepimpinan pakatan pembangkang telah bersetuju untuk tidak membincangkan perbezaan yang wujud di antara parti-parti terbabit secara terbuka.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesepakatan itu telah diputuskan pada konvensyen pakatan pembangkang yang pertama pada 19 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, tumpuan utama pada masa sekarang adalah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan sebuah negara yang adil.

"Gagasan bersama (pakatan pembangkang) sememangnya wujud, saya sendiri sebagai Penolong Setiausaha Agung terlibat. Kita komited dengan kesepakatan dan kesefahaman, tanpa menyentuh isu yang berbeza, ia telah diputuskan pada konvensyen pakatan dahulu.

"Untuk berlaku adil, kenapa tidak Karpal dan Pas wujudkan sebuah negara yang adil, adil ikut kaca mata Pas dan DAP. Bagi Pas sebuah negara yang adil adalah negara yang mengamalkan dasar Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran dan Pertunjukkan Ular di Muzium Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal yang menyatakan Pas perlu menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Takiyuddin yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, pada masa sekarang, Pas tidak lagi membangkitkan isu penubuhan negara Islam secara 'keras' kerana memberikan penekanan kepada konsep keadilan.

"Isu negara Islam kita tidak bangkitkan secara keras, yang penting bagi kita adalah keadilan. Ucaptama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung lalu bertemakan 'adil untuk semua'.

"Contoh negara adil atau Islam adalah Kelantan, selepas 20 tahun memerintah, kita diterima oleh semua kaum malah bukan Islam juga melihat kepimpinan Pas di sini bukan satu masalah yang besar," katanya.

Anwar berdolak-dalik isu Raja Petra

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba berdolak-dalik mengenai dakwaan penglibatan parti itu dalam menaja kehidupan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London.

Ditanya mengenai tuduhan itu, Anwar tidak menjawabnya secara langsung sebaliknya mempersoalkan kredibiliti individu-individu yang membuat dakwaan tersebut seperti bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari.

Seperti mencabar pihak berkuasa, Anwar memperlekehkan keupayaan pihak polis dengan mengatakan beliau sendiri akan berjumpa dengan Raja Petra sekiranya berkesempatan ke London pada masa depan.

"Apa masalahnya, kita (PKR) lindungi (Raja Petra) di mana? Orang yang bercakap ini (Anuar) berapa banyak upah yang dia terima?" soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Anuar meminta kerajaan menyiasat kaitan PKR dalam menaja kehidupan Raja Petra yang kini bersembunyi di London ekoran pertemuan beberapa pemimpin parti itu dengan pengendali portal berkenaan baru-baru ini.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Sabtu lalu menyatakan kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai oleh PKR.

Anwar menambah, polis sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha membanteras aktiviti jenayah dalam negara.

"Satu Malaysia tahu dia (Raja Petra) di mana, dia muncul di tempat awam di London (selama) berbulan-bulan, polis masih cari," ujarnya.

Desak siasat dakwaan 3 ADUN BN lompat parti

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda mendesak polis menjalankan siasatan segera berkaitan dakwaan terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Naisonal (BN) akan melompat parti 13 Jun lalu.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan terhadap Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR negeri, Md. Nasib Rahim yang membuat dakwaan dianggap sebagai memfitnah, menipu dan menghasut tersebut.

Menurut Fauzi, perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beliau dan rakyat Perak berasa bimbang, khuatir dan takut akan berlaku huru-hara di negeri ini.

"Saya yakin mereka telah melakukan fitnah terhadap ADUN-ADUN BN, menipu serta menghasut rakyat akan berlaku kejatuhan dan rampasan kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Jika ini berlaku, negeri ini akan menjadi huru-hara dan menyusahkan rakyat dan pasukanpolis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat di sini pada pukul 10.55 pagi ini.

Fauzi yang juga Pengerusi Pasukan Wawasan Rakyat Perak berkata, kenyataan Zulkifli dan Md. Nasib jelas satu dakwaan palsu dan berniat jahat terhadap rakyat Perak.

"Mereka menipu rakyat dengan begitu biadap, tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak.

"ADUN-ADUN BN tidak sebodoh itu, mereka tidak akan melompat parti kerana tahu perjuangan PKR," katanya.

Fauzi turut mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengambil tindakan saman malu terhadap PKR dan individu terbabit dalam pengakuan tersebut.

"Individu-individu yang terbabit dalam pakatan jahat ini harus segera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Perak, Menteri Besar, Pas, DAP dan BN atas pembohongan, penipuan, fitnah dan hasutan jahat mereka itu," katanya.

Anwar, Zaid perlu perjelaskan

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungan parti itu dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Bekas wakil rakyat PKR, Wee Choo Keong berkata, jika mereka tidak menjelaskan pendirian berhubung perkara itu, anggapan boleh dibuat yang PKR bersekongkol dengan Raja Petra memburukkan nama negara.

Tegasnya, sebagai pemimpin dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Anwar dan Zaid sepatutnya tidak perlu didesak untuk berbuat demikian.

"Mereka berdua perlu jelaskan hubungan PKR dengan Raja Petra dan P. Balasubramaniam iaitu siapa yang menaja kedua-duanya untuk hidup dengan selesa di United Kingdom.

"Jika tiada kaitan langsung, sepatutnya pujuk mereka berdua pulang untuk mengadili apa yang mereka dakwa selama ini. Ia sebenarnya beri tanggapan buruk kepada rakyat bahawa PKR nampak seperti bersekongkol dengan mereka berdua memburukkan nama negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju itu diminta mengulas gambar Zaid, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-instinct.comsemalam.

Dipercayai, gambar itu dirakamkan di United Kingdom kerana kedua-dua individu berkenaan berada di negara tersebut.

Pada 30 Jun lalu, laman web Malaysia Today menyiarkan gambar Raja Petra bersama Zaid.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui Malaysia Today.

Balasubramaniam pula menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan sumpah berbeza berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Choo Keong mempersoalkan adakah PKR mahu ahlinya dan seluruh rakyat negara ini berterusan menganggap parti itu dalang utama di sebalik kegiatan Raja Petra dan Balasubramaniam.

Selain itu, beliau juga mendesak kerajaan bersikap proaktif untuk membawa pulang kedua-dua individu yang dikehendaki itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Memang ada halangan tetapi percayalah tetap ada caranya. Persoalan masih lagi timbul siapa dan pihak manakah yang menaja mereka berdua kerana semua sudah sedia maklum bahawa kos hidup di United Kingdom amat tinggi," katanya.

Bekas Ketua Penerangan Keadilan Nasional (kini PKR), Ruslan Kassim pula menyelar Raja Petra dan Balasubramaniam yang disifatkan sebagai dayus dan bacul kerana memburukkan negara, tetapi pada masa sama tidak berani untuk diadili.

"Berani kerana benar, kena bertanggungjawab terhadap setiap dakwaan yang dibuat, jangan baling batu tetapi sembunyikan tangan. Kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.

"Berdasarkan kepada gambar yang begitu mesra itu, jelas membuktikan bahawa Raja Petra dan Subramaniam mendokong dan didokong oleh PKR," katanya.

Ruslan yang kini Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga menyifatkan Anwar dan Zaid sebagai pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

"Anwar apabila berada di pentas negara ini bercakap berdegar-degar bahawa beliaulah pejuang kaum, Islam dan penentang segala usaha merosakkan negara ini. Tetapi hakikat adalah sebaliknya, jelaskan pendirian jangan berdiam diri (dalam isu Raja Petra dan Balasubramaniam)," katanya.

Isu Raja Petra - Polis ada strategi tsendiri....

Kkb Jr. dapat lihat Ahli Parlimen Rembau @ Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang melontarkan persoalan apakah polis melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog yang juga pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini bergerak bebas secara terbuka di London....Khairy dikatakan 'bingung' dengan keadaan itu kerana dakwanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah meminta polis supaya menangkap Raja Petra.Khairy juga tertanya-tanya mengapa Ketua Polis Negara masih satu langkah di belakang dalam menyiasat tempat persembunyian Raja Petra dan siapa yang membantu menyembunyikannya,sedangkan penulis blog itu bebas bergerak di khalayak ramai....Tambahnya polis harus manfaatkan hubungan baik antara polis Malaysia dan Scotland Yard sekiranya mereka tidak dapat menahan Raja Petra di London kerana kurangnya bidang kuasa...Sekali imbas memang ada kebenaran kata2 Khairy itu tapi kkb Jr. percaya Bukit Aman ada strategi sendiri yang tidak perlu diberitahu pada Khairy ataupun orang ramai...Khairy perlu tahu yang Peguam Negara perlukan butiran terperinci sebelum mendakwa Raja Petra kerana tidak mahu kes tersebut gagal di mahkamah kelak...Biarkan pihak polis melakukan siasatan secara terperinci tanpa ada campur tangan politik...Kenyataan Khairy sedikit sebanyak telah mengguris hati pegawai dan anggota polis secara keseluruhannya...Biarkan pihak polis bebas melakukan siasatan dan tugasan mereka tanpa ada kenyataan-kenyataan dan desakan dari mana-mana ahli politik...Buat Khairy 'YAKINLAH DENGAN KEMAMPUAN POLIS DIRAJA MALAYSIA' dan tiada sebab Ketua Polis Negara ingin melengah-lengahkan siasatan mereka....

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga....


Wassalam.....

Sudut kkb Jr.

Isnin, 5 Julai 2010

ADUN Sri Muda dipanggil kali kedua

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini hadir buat kali kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi soal siasat suruhanjaya itu.

ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie tiba di ibu pejabat suruhanjaya itu bersama peguamnya, Shamsul Iskandar Md. Akin pada pukul 2 petang ini dan sesi merekodkan keterangan selesai kira-kira pukul 5.35 petang.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR berkata, setakat ini siasatan ke atas Shuhaimi telah selesai melainkan terdapat isu-isu baru ditimbulkan.

"Hari ini Shuhaimi dipanggil semula sebagai sambungan kepada siasatan yang dilakukan tempoh hari dan kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada SPRM.

"Ucapan terima kasih juga kepada SPRM kerana kerjasama baik yang diberikan oleh suruhanjaya itu. Apa pun setelah meneliti kandungan keterangan, saya yakin anak guam saya tidak bersalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 1 Julai lalu, Mat Shuhaimi bersama ADUN Batu Caves, Amirudin Shari hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan mengenai kes yang dipercayai membabitkan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Laporan akhbar sebelum itu menyebut kedua-dua ADUN itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM Khamis lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua ADUN itu menerima notis pemeriksaan daripada SPRM yang dikeluarkan Isnin minggu lalu, mengarahkan mereka hadir untuk membantu siasatan mengikut seksyen tersebut iaitu membabitkan kesalahan memberi atau menerima suapan untuk ejen.

Ezam akan serahkan bukti

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor mendakwa, beliau mempunyai segala bukti mengenai agenda jahat akhbarThe Star dan portal berita propembangkang, Malaysiakini untuk memburukkan imej Istana Negara.

Sehubungan itu, katanya, segala maklumat dan bukti tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Saya ada semua bukti bahawa The Star dan Malaysiakini mempunyai agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang sedang dibina. Mereka berselindung di sebalik isu buruh asing.

"Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap institusi diraja dan bagi mencapai maksud tersebut, mereka sengaja memperbesarkan isu gaji buruh asing," kata melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, beliau menafikan laporan Malaysiakini yang mendakwa Istana Negara baru itu kononnya 'istana air mata' kerana masalah pembayaran gaji membabitkan beberapa pekerja asing.

Sebaliknya Ezam menegaskan, Istana Negara adalah lambang keagungan sebuah institusi diraja bagi mencerminkan kedaulatan Malaysia dan semua rakyat negara ini wajib mempertahankannya.

Dakwanya, The Star bersekongkol dengan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang bagi mencemuh projek pembinaan istana berkenaan.

"Saya tegaskan bahawa perkara ini merupakan bukti wujudnya manipulasi jahat oleh anasir-anasir untuk merosakkan institusi asas negara.

"Istana Negara bukan isu rasis, ia bukan istana sesuatu bangsa tetapi ia istana bagi negara ini. "Hanya mereka yang rasis sahaja melihat isu ini sebagai isu bangsa," katanya.

Kenyataan Karpal penghinaan untuk Pas

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas boleh disifatkan sebagai perbuatan menyimbah tuba dalam politik Pas.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan Karpal itu boleh dianggap satu penghinaan yang bukan sahaja dirasai oleh kepimpinan Pas terutamanya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi juga orang Melayu dan umat Islam secara keseluruhannya.

''Kita bersimpati dengan apa yang dilakukan oleh DAP ke atas Pas kerana jelaslah ia memaparkan sikap DAP yang mula menunjukkan wajah sebenar apabila memperolehi sedikit kuasa.

''Selama ini Pas sanggup menggadaikan perjuangan negara Islam dan menukarkannya kepada negara berkebajikan kerana ingin berbaik dengan DAP tetapi DAP hanya 'bermain wayang' sehingga melakukan penghinaan kepada Pas seperti mana dilakukan oleh Karpal

''Mereka lupa atau sengaja melupakan bahawa Pas juga banyak menyumbang kepada kejayaan politik mereka termasuk menjadi 'pengikut' kepada pemerintahan DAP di Perak sewaktu pemerintahan sementara di negeri itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Karpal yang menyatakan Pas perlu menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Reezal Merican seterusnya berkata, apa yang berlaku ini, hanya membayangkan sikap perkauman dan mega prasangka DAP kepada mana-mana parti politik yang mewakili kaum lain.

''Ini juga membayangkan cakap-cakap 'kepimpinan Khalifah Umar' di dalam DAP sebagai omong kosong dan mainan politik yang memualkan.

''Apa pun, Pas tidak layak dilayan sedemikian hina oleh DAP. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam; menidakkan niat 'negara Islam' Pas adalah dengan sendiri menidakkan - peranan parti tersebut selama ini,'' katanya.

Sehubungan itu kata Reezal Merican, Pemuda UMNO mengajak kepimpinan Pas terutamanya Dewan Pemudanya untuk melihat kerangka politik secara lebih produktif demi masa depan rakyat khususnya umat Islam yang menjadi popularasi terbanyak di negara ini.

''Sebab itu kita menyambut baik saranan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang mahu mengkaji semula kerjasama dengan DAP jika parti berkenaan tidak menghormati dasar Pas.

''Walaupun Pemuda UMNO dan Pas berada dalam spektrum ideologi berbeza namun kita dan Pas mempunyai 'kemuncak persamaan' yang lebih wajar dihargai dan dikongsi,'' katanya.

Suara Keadilan akan terus diterbit pada minggu ini

Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan akan terus diterbitkan pada minggu ini biarpun permitnya tidak diperbaharui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak 30 Jun lalu.

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua berkata, keputusan itu diambil kerana KDN belum memberi sebarang keputusan konkrit berhubung status pembaharuan permit akhbar berkenaan.

Jelasnya, KDN juga tidak pernah menyatakan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah ditamatkan.

"Ia (Suara Keadilan) hanya tamat tempoh, tidak bermakna permitnya ditarik balik jadi berdasarkan kefahaman kami ia akan terus diterbitkan seperti biasa minggu ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

KDN dalam satu kenyataan pada Khamis lalu memberitahu, permit penerbitan Suara Keadilan tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan yang memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk yang terbaru bertajuk "Felda Bangkrap".

Felda juga telah memfailkan saman berjumlah RM200 juta ekoran penyiaran artikel yang didakwa bersifat fitnah tersebut.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula mencadangkan usul tergempar untuk membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

"Kami berharap usul itu akan dilulus serta dibahaskan di Parlimen esok untuk kami (PKR) menerangkan perkara sebenar,'' tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu, PKR sedia menghadapi Felda di mahkamah dan akan menyediakan bukti-bukti bagi menjelaskan penyiaran artikel tersebut

MCA belum bersedia jika pilihan raya September ini

MCA belum bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 jika ia diadakan pada September ini, kata Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau berkata, MCA baru sahaja melalui krisis dalaman dan sedang melalui proses pemulihan, justeru parti itu tidak sempat untuk menyiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya jika ia diadakan tahun ini.

Katanya, selain itu, MCA juga masih belum memikirkan mengenai calon-calon parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya memerlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk menyatupadukan ahli-ahli bagi memastikan parti berupaya meneruskan perjuangannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin mengenai pilihan raya mungkin akan diadakan September ini.

Soi Lek hari ini genap 100 hari menyandang jawatan tertinggi dalam MCA selepas menangdalam pemilihan semula parti yang diadakan Mac lalu.

Bagaimanapun, Soi Lek percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mungkin memilih untuk mengadakan pilihan raya pada masa tersebut.

Sementara itu, katanya, walaupun berhadapan cabaran besar untuk menyatupadukan ahli, namun keadaan MCA termasuk di cawangan-cawangan dilihat semakin stabil dan perpaduan antara ahli-ahli juga sudah semakin pulih.

Katanya, sehubungan itu, beliau akan terus meminta pemimpin-pemimpin parti itu agar memainkan peranan yang relevan untuk membantu memenuhi permintaan dan keperluan semua kaum di negara ini.

"MCA kini tidak boleh lagi hanya memberi tumpuan kepada masyarakat Cina tetapi perlu melakukannya untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,'' katanya.

Ahli baru UMNO perlu lalui proses penelitian

Penelitian terhadap latar belakang ahli UMNO yang baru perlu dilakukan di peringkat cawangan dan bahagian sebelum diterima menganggotai parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun pada dasarnya seseorang itu mendaftar untuk menjadi ahli UMNO kerana meyakini perjuangannya, penelitian perlu juga dilakukan.

Katanya, mustahil seseorang itu menyertai parti yang tidak disukainya dan pada masa sama sukar juga mengenal pasti sama ada ahli-ahli berkenaan mengundi Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya.

"Ada juga yang menyertai UMNO setelah kecewa tidak diberi tempat dalam parti yang disertai sebelumnya atau sudah tidak lagi meyakini kepimpinan parti berkenaan," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam yang mendakwa terdapat ahli-ahli parti pembangkang di Perak yang menggunakan taktik menyertai UMNO dengan tujuan memecah-belahkan parti itu.

Pihak tersebut dakwa Zambry, berbuat demikian kerana terdesak setelah ceramah politik mereka tidak mendapat sambutan manakala UMNO semakin mendapat sokongan rakyat.

Menurut Shafie, sekiranya terdapat ahli yang tidak setia dengan perjuangan parti, tindakan drastik seperti memecatnya perlu dilakukan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

"Kesetiaan ahli kepada parti boleh dilihat sekiranya dia memberi ceramah dan sama-sama menyokong calon parti dalam pilihan raya atau menyumbang untuk kebaikan parti," katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee mengingatkan supaya kepimpinan UMNO seluruh negara berhati-hati ketika memilih ahli baru.

"Kita mahukan ahli UMNO yang berkualiti sehingga boleh mempertahankan perjuangan parti dan bukan menjadi gunting dalam selimut.

"Sekiranya tindak tanduk seseorang ahli itu mirip perjuangan pembangkang maka adalah wajar tindakan memecatnya diambil dengan segera," katanya.

Program Karnival Sukan 1 Malaysia...

Pemuda UMNO Hulu Selangor malam tadi mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Program Karnival Sukan 1 Malaysia yang akan dilaksanakan pada 7hb Ogos 2010 bertempat di Bukit Beruntung,Hulu Selangor...Pelbagai acara dirancang bagi memeriahkan majlis antaranya futsal,bola jaring,sepak raga bulatan dan pelbagai pameran akan diadakan...Berkemungkinan majlis perasmian Program Karnival Sukan 1 Malaysia tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu DS Ahmad Shabery Chik...Kepada penduduk sekitar yang berkelapangan diminta beramai2 hadir di Karnival Sukan 1 Malaysia bagi memeriahkan lagi program tersebut....Sekalung tahniah kkb Jr ucapkan pada Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor dibawah kepimpinan Saudara Mahmud Karim yang tidak henti2 mendekati rakyat terutamanya golongan muda...SYABAS....


Wassalam....

Ahad, 4 Julai 2010

Pemuda UMNO mahu pertikaian dihentikan

Pemuda UMNO mahu sebarang pertikaian yang wujud antara pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dihentikan segera demi kebaikan semua pihak.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau secara peribadi akan menjadikan teguran Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sebagai satu perangsang dalam memperjuangkan agenda Melayu dan bumiputera.

Katanya, sebarang perbalahan menerusi media sewajarnya tidak berlaku kerana kesannya akan menyebabkan mereka yang telah banyak berjuang dalam memperkasakan agenda perjuangan Melayu patah semangat.

"Saya menghormatinya (Ibrahim) sebagai orang yang berpengalaman luas dalam arena politik tanah air. Polemik yang berpanjangan dan tidak menguntungkan boleh mengeruhkan suasana serta tidak sepatutnya berterusan," katanya.

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap Ibrahim

Pergerakan Pemuda MCA hari ini secara serentak membuat laporan polis terhadap Pengerusi Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan terbitan Suara Perkasa berhubung siaran artikel bertajuk Tahan Ka Siong di bawah ISAdalam edisi sulungnya, yang disifatkan sebagai berbaur hasutan.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr. Kow Cheong Wei (Selangor) dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Mereka meminta polis menjalankan siasatan terhadap Ibrahim dan Suara Perkasa di bawah Akta Hasutan 1948 serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit.

"Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor berasa tidak puas hati terhadap rencana Suara Perkasa yang melabelkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong sebagai ekstremis," kata Cheong Wei kepada pemberita selepas membuat laporan di sini hari ini.

Akhbar itu, dalam edisi sulungnya, menyiarkan artikel muka depan menggesa kerajaan menahan Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempersoalkan hak orang Melayu.

Kenyataan Nasruddin bukan pendirian Pas

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa parti itu sedia mengkaji hubungan dengan DAP bukanlah keputusan rasmi parti berkenaan.

Menurutnya, kenyataan tersebut kemungkinan hanya mewakili Dewan Pemuda Pas Pusat atau sekadar pandangan peribadi Nasruddin semata-mata.

“Apa sahaja kenyataan oleh ahli parti dalam pakatan hanya menjadi pandangan peribadi melainkan ia sebuah keputusan yang dikeluarkan peringkat tertinggi parti itu sendiri.

“Setiap pendirian rasmi oleh Pas, DAP atau PKR adalah berlandaskan kesepakatan yang telah dicapai di konvensyen yang telah diadakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasrat Anwar tukar Penasihat Undang-Undang negeri dibimbangi

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menukar Penasihat Undang-Undang negeri dibimbangi hanya bertujuan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada kroni-kroninya.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, lebih membimbangkan jika Anwar berhasrat memberikan jawatan itu kepada peguam yang mewakilinya demi untuk membalas jasa mereka.

Katanya, walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri memperuntukkan jawatan Penasihat Undang-Undang mestilah diisi oleh pegawai kerajaan, mereka seolah-olah tidak mempedulikan perkara itu.

Dakwanya, sekarang ini pun ada peguam yang mewakili PKR yang telah dilantik menjadi peguam panel kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

''Kita tahu banyak kalangan peguam yang berada di pihak PKR dan taktik menukar Penasihat Undang-Undang Negeri adalah untuk memberi ganjaran kepada kroni mereka,'' katanya di sini hari ini.

Tindakan bawa PKR ke mahkamah buktikan Felda kukuh


Ahmad Maslan (tengah) diiringi Yahya Mat Ghani (kanan) beramah mesra dengan sebahagian jawatankuasa Puteri UMNO termasuk Nor Hazreena Mohd. Hashim (kiri) pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Nooradzrene Mohd. Noor

Tindakan Felda membawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke mahkamah dalam isu fitnah 'Felda Bankrap' akan membuka pekung untuk membuktikan parti berkenaan adalah pemfitnah terbesar.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana Felda bukan sahaja mempunyai kedudukan kewangan yang cukup kukuh malah jumlah nilai asetnya boleh mencecah RM60 bilion jika 340,000 hektar tanah milik Felda dinilai dengan harga semasa.

Katanya, pihak PKR sebelum ini beria-ia mengatakan inilah peluang untuk mereka membongkar penyelewengan dalam Felda.

"Saya pula ingin menjawab bahawa inilah peluang Felda membongkar dan membuktikan bahawa PKR adalah parti pemfitnah terbesar.

"Tuduhan yang mereka sebut itu memang jelas tidak benar. Felda mempunyai kedudukan kewangan yang cukup kukuh kerana kita ada aset yang cukup besar, RM15 bilion aset itu adalah asset at cost. Bukan aset nilai semasa.

"Jika tanah yang 340,000 hektar itu dinilaikan dengan harga semasa, tentu nilai aset berkaitan mungkin tiga empat kali ganda daripada 15,000 juta (RM15 bilion)," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu, Nor Hazreena Mohd. Hashim.

Ahmad berkata, Felda juga tidak akan bankrap kerana bukan sahaja tidak mempunyai banyak tanggungan malah daripada segi nisbah kewangan menunjukkan penyata kewangan yang amat sihat dengan jumlah RM12.2 bilion.

Dalam pada itu, Ahmad juga menolak dakwaan mengenai tender Felda yang dikatakan banyak dibolot oleh orang UMNO dan menjelaskan tender Felda merupakan tender terbuka dan semua orang Melayu yang berkelayakan boleh memohon dan mendapat tender tersebut.

Malah tegasnya, selain konsultan bertauliah dan profesional, terdapat juga sebuah jawatankuasa pelaburan untuk menimbang sebelum mengambil keputusan untuk melabur di mana-mana.

Karpal minta Pas hormati DAP

Pas perlu menghormati DAP berhubung pendirian parti itu yang menolak konsep negara Islam.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, Pas harus terima apa yang telah dinyatakannya beberapa kali sebelum ini berhubung isu tersebut.

‘‘Ini bukan isu sama ada Pas perlu berkompromi dengan perkara ini atau tidak, tetapi ia perlu diterima oleh Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu negara Islam yang kembali tercetus ekoran kenyataannya bahawa DAP tidak dapat menerima konsep negara Islam yang dibawa oleh Pas jika berjaya memerintah kelak.

Dalam pada itu katanya, Pas perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Bagaimanapun kata Karpal, walaupun kedua-dua parti itu berbeza pandangan dalam isu tersebut, hubungan mereka masih baik.

‘‘Kami berbeza dasar tetapi masih bersama atas isu-isu lebih penting seperti tanpa menyentuh isu-isu melibatkan dasar,” katanya.

Kenyataan Karpal yang menyifatkan konsep itu sebagai salah, disanggah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kemudiannya mencabar beliau membuktikannya.

Namun di sebalik isu yang tercetus semula itu, Karpal berkata, hubungan antara DAP dengan Pas yang bersatu di bawah pakatan pembangkang sehingga kini masih baik walaupun mempunyai pendirian berbeza.

Sementara itu, beliau mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pergi ke Britain dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin ke negara ini untuk dibawa ke muka pengadilan.

Karpal mempersoalkan, mengapa Peguam Negara tidak berani berbuat demikian dengan mengambil tindakan mengekstradisi pengendali laman web Malaysia Today tersebut.

‘‘Jika kita tidak ada perjanjian ekstradisi dengan Britain, satu perjanjian dua hala boleh dibuat untuk mengekstradisikan Raja Petra,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar pertemuan pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim bersama Raja Petra di United Kingdom yang disiarkan baru-baru ini.

Karpal berkata, tindakan Zaid bertemu dengan Raja Petra tidak menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

‘‘Jika saya sendiri ke Britain dan ingin berjumpa dengan Raja Petra tidak akan ada halangan.

Terpulang kepada Zaid untuk membantu siasatan terhadap Raja Petra,” ujarnya.

Minta gaze perkampungan India

Pergerakan Pemuda MIC hari ini meminta kerajaan segera merealisasikan cadangan menggazetkan tanah kampung masyarakat India dan penempatan India.

Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam berkata, cadangan itu adalah ekoran usaha kerajaan mewujudkan Kampung Baru Melayu dan Kampung Baru Cina bagi kedua-dua kaum itu.

Menurutnya, pelaksanaan itu mampu memberikan kesaksamaan dalam pemilikan tanah turun-temurun dan mengekalkan simbol penempatan masyarakat India di negara ini.

"Pemuda MIC juga menyeru kerajaan supaya penempatan semula masyarakat India tidak seharusnya tertumpu di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sahaja.

"Masyarakat India patut diberikan hak mendiami tanah-tanah lot individu seperti yang diberikan kepada masyarakat Melayu dan Cina. Keseimbangan dan kesaksamaan sebegini harus wujud bagi memantapkan lagi konsep 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca resolusi-resolusi pergerakannya pada Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pelan peralihan Samy Vellu disokong

Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC hari ini menyatakan sokongan penuh kepada pelan peralihan kuasa presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Mereka juga berjanji untuk menyokong kepimpinan Presiden MIC tersebut berdasarkan pengalamannya yang begitu luas dan mampu memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan parti.

Walaupun terdapat beberapa individu yang tidak berpuas hati terhadap presiden itu sehingga mengadakan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), beribu-ribu ahli MIC dari seluruh negara pula sebulat suara menyokong penuh kepimpinannya dengan melaungkan Hidup Samy Vellu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada perhimpunan agung keempat-empat sayap MIC itu, Ketua Pemudanya, T. Mohan berkata, GAS bererti Gerakan Angkatan Sendiri yang dahagakan publisiti murahan dan tidak mempunyai motif yang baik.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sementara itu kata Mohan, Pemuda kini memberi keutamaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berhasrat untuk memenangi semula semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang pernah dimiliki Barisan Nasional (BN).

Perhimpunan GAS kecoh


Perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu kecoh ketika majlis itu diadakan di Dewan Datuk Hamzah, Klang, semalam.


KLANG 4 Julai – Perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamzah di sini, hari ini terganggu apabila kira-kira 50 orang membuat kecoh dengan mengeluarkan kata-kata bantahan pada perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 1,000 penyokong GAS yang hadir pada perhimpunan itu tidak berganjak dari kerusi masing-masing.

Kekecohan tercetus apabila berlaku tolak menolak di hadapan pentas di dalam dewan tersebut yang menyebabkan polis bertindak masuk bagi mengawal keadaan pada pukul 3.25 petang.

Pihak polis berjaya mengawal keadaan sebelum perhimpunan itu bersambung seketika dan diarah ditamatkan kira-kira pukul 4 petang.

Menurut ahli jawatankuasa penganjur perhimpunan itu, K.P. Samy, pihak yang menimbulkan kekecohan tersebut cuba menggagalkan perhimpunan hari ini.

‘‘Perhimpunan ini untuk menyatukan orang India secara keseluruhan bukan semata-mata memenuhi agenda GAS.

‘‘Kita berkumpul demi kebaikan serta masa depan orang India dan ia diadakan secara aman,” katanya pada sidang akhbar selepas kekecohan itu berakhir.

Hadir sama pada perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang juga pengasas GAS

Amaran kepada penghancur MIC


S. Samy Vellu memotong riben pelancaran lagu Puteri MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Julai – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menegaskan, sesiapa sahaja akan hancur terlebih dahulu sekiranya mahu menghancurkan parti tersebut.

Menurutnya, individu atau pihak yang mahu menghancurkan MIC pasti akan menghadapi musibah dan parti akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka.

Katanya, beliau sedia menerima sebarang kritikan daripada ahli-ahli parti itu dan akan memberikan ruang untuk mengemukakannya menerusi platform yang sesuai.

“Bagaimanapun, mereka tidak patut mengeluarkan kenyataan itu di khalayak ramai atau di media. Saya selalu berjumpa para perwakilan dan ahli-ahli akar umbi, jika ada apa-apa masalah dan rasa tidak puas hati, beritahu saya secara terus-terang.

“Saya sedia mengkaji dan berusaha untuk menyelesaikannya. Jika sebaliknya, sudah pasti parti akan mengambil tindakan terhadap individu yang mencuba untuk menghancurkan dan mencemarkan nama baik parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadir sama timbalannya, Datuk G. Palanivel dan naib-naib presidennya, Datuk Dr. S. Subramaniam, Datuk M. Saravanan serta Datuk S. K. Devamani.

Turut serta Ketua Pergerakan Wanita, Datin Paduka K. Komala; Ketua Pergerakan Pemuda, T. Mohan; Ketua Pergerakan Putera, P. Kamalanathan dan Ketua Pergerakan Wanita, Senator J. Usha Nandhini.

Tambah Samy Vellu, MIC adalah parti yang kuat dan kekuatan itu dapat dicerminkan melalui keutuhan parti selama 64 tahun.

“Ada beberapa individu mengutarakan beberapa soalan seperti apakah Samy Vellu buat kepada masyarakat India di negara ini. Individu yang tanya soalan seumpamanya adalah orang yang pekak dan buta.

“Saya pernah hadapi banyak cabaran dan kesemua keputusan diambil dengan mengambil kira kesejahteraan kaum India,” jelasnya.

Katanya, salah sebuah akhbar berbahasa Tamil sentiasa membuat tuduhan melulu terhadapnya dan sentiasa mencuba untuk mencemarkan nama baiknya.

“Setiap hari saya akan ketawa selepas membaca surat khabar itu. Hanya berita-berita sensasi mengenai saya membantu mereka untuk menjual surat khabar itu. Ini bererti saya memberi gaji kepada mereka secara tidak langsung.

“Setiap hari lebih 100 orang datang ke ibu pejabat MIC dan ini bererti MIC membuat sesuatu kepada masyarakat India di negara ini dan hanya MIC membela nasib kaum India,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), beliau dengan sinis berkata, beliau hanya mengenali ‘gas Shell dan gas Esso’.

Sementara itu katanya, beliau akan mengambil usaha pembaharuan iaitu dengan menyatukan jentera empat sayap parti iaitu pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera menjadi satu.

Katanya, pihaknya juga akan memperkenalkan Kelab Rakan MIC bagi menarik remaja yang tidak berminat dengan politik dan akan membentuk satu jawatankuasa bersama untuk beroperasi sebagai satu kumpulan tanpa perlu bergabung.

“Keempat-empat pergerakan itu akan membentuk satu Kor Sukarelawan bagi membantu parti dalam kerja-kerja sosial.

“Ini merupakan beberapa perubahan yang perlu diambil bagi memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat,” katanya

'Jangan mudah melatah'

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mengingatkan pemimpin Melayu tidak cepat melatah apabila beliau membuat gesaan agar individu tertentu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, pemimpin Melayu terbabit harus sedar bahawa mereka juga pernah menjadi mangsa desakan pihak tertentu untuk dikenakan ISA apabila membangkitkan isu-isu berkaitan kepentingan Melayu.

"Gesaan untuk ditahan di bawah ISA ini biasa sahaja. Saya cuma mahu mengingatkan kerana mungkin mereka sudah lupa.

"Ini kerana puak-puak itu sendiri pernah membuat bermacam-macam gesaan. Misalnya perwakilan MCA Perak pernah mencadangkan agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan di bawah ISA.

"Wanita Gerakan juga mahu bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ditahan di bawah ISA selain laporan polis yang dibuat di Bagan Serai, Perak meminta Datuk Nasir Safar iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ditahan di bawah ISA," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim menegaskan, pemimpin Melayu sepatutnya bangkit berjuang membela bangsa kerana sudah banyak kenyataan penghinaan terhadap orang Melayu dilakukan selama ini.

Kelmarin, Khairy menggesa Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa kerana menerbitkan rencana meminta rakan sejawatannya daripada MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong ditahan di bawah ISA.

Malah Ibrahim juga digesa oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S.Vell Paari agar ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersifat perkauman berikutan artikel bertajuk Tahan Ka Siong di bawah ISA dalam akhbar sulung terbitan Perkasa itu.

Ahli UMNO jangan rasa bersalah pertahankan hak Melayu

Orang Melayu khususnya ahli UMNO diingatkan supaya lebih berani membuat tuntutan terhadap hak-hak mereka secara berterus terang tanpa berlindung di sebalik kata-kata yang tersirat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, masyarakat Melayu tidak seharusnya terus bersikap terlalu defensif sehinggakan kadang-kala rasa bersalah untuk membangkitkan sesuatu perkara yang jelas adalah hak mereka.

''Apa salahnya buat tuntutan secara tersurat dan mengapa mahu rasa defensif kerana kita kena ingat UMNO adalah adalah milik orang Melayu dan diakui merupakan tunjang kepada Barisan Nasional (BN).

''Hakikatnya dalam negara demokrasi, kita tahu kita yang paling ramai tetapi malangnya kita berpecah maka kuasa majoriti mudah terlepas dan golongan lain mengambil kesempatan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sepang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apabila kuasa politik orang Melayu terhakis, maka golongan lain mula membuat tuntutan masing-masing.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak orang Melayu bangkit dan ia tumbuh bagaikan cendawan.

Katanya, para pemimpin NGO beranggapan UMNO sudah tidak lagi mampu ke depan untuk berhadapan dengan isu tersebut.

Malah jelas Mukhiz, terdapat beberapa pemimpin Pas sendiri bertanya kepada beliau mengapa UMNO kini kelihatan 'tidak bertaring' seperti dahulu.

''Oleh itu, kita kena dengar rintihan dan memahami di mana kekuatan kita, UMNO diperlukan bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan ini kita tidak boleh kompromi.

''Jangan tertipu dengan dakyah-dakyah bahawa UMNO adalah bersifat perkauman kerana kalau itu yang difikirkan maka kita akan menjadi serba salah," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, tugas-tugas bagi memperkukuhkan dasar 1Malaysia serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) boleh diserahkan kepada BN manakala UMNO perlu meneruskan kerja-kerja untuk memartabatkan orang Melayu.

''Sekiranya hak golongan majoriti sempurna diperjuangkan, insya-Allah sokongan tidak hanya dibuat terhadap orang Melayu malah untuk semua pihak, jika tidak dilakukan secara langsung ia akan dibuat melalui parti-parti komponen," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kepimpinan parti sedar tentang kepentingan konsep parti menguasai kerajaan seperti yang sering dibangkitkan oleh para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi.

''Meskipun ada pihak tertentu yang berasa runsing dengan dasar-dasar kerajaan sejak kebelakangan ini, kita tetap yakin dengan janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Henti berbalah jika mahu menang

Ahli UMNO khususnya di peringkat bahagian dinasihatkan supaya menghentikan perbalahan sesama sendiri sekiranya mahu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pada masa ini terdapat sesetengah ahli UMNO di peringkat bahagian mahupun cawangan yang dilihat tidak bersatu malah bertelingkah ekoran mempunyai pendapat dan perjuangan berbeza.

''Budaya ini perlu dihakis dan daripada apa yang saya lihat, lawan kita hari ini bukannya pembangkang tetapi sebenarnya diri kita sendiri. Sebagai contoh di Kelantan baru-baru ini, satu bahagian tetapi mesyuarat bahagian ada dua.

''Ini membuktikan kita kena selesaikan masalah dalaman dahulu sebelum berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya akan datang. Masa yang sepatutnya digunakan untuk berjuang terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan perbalahan antara kita," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Nilai Spring Resort, Nilai dekat sini hari ini.

Menurutnya, masalah itu berlaku ekoran ahli berkenaan sudah lupa tentang erti perjuangan UMNO sebenar di tanah air ini.

''Perjuangan UMNO sebenar adalah bagi membela nasib rakyat dan paling utama memberi kesejahteraan kepada tanah air ini. Mereka sudah lupa tentang semua ini sehingga bergaduh antara satu sama lain," jelasnya.

1 Malaysia dalam perlembagaan UMNO


Rais Yatim ketika majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang, Selangor, semalam. Turut sama Noh Omar. - BERNAMA


TANJONG KARANG 4 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa Perlembagaan UMNO sudah sedia mengandungi prinsip-prinsip Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata, di bawah Fasal 3 (6) perlembagaan itu, jelas tertera perlunya diasaskan hubungan dan kerjasama antara pelbagai kaum.

"Secara kebetulannya di bawah Fasal 3 (6) perlembagaan itu sudah jelas disebut iaitu berhubung rapat, bekerjasama dengan semua kaum dan wujudkan satu bangsa Malaysia yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Rais yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO juga menyeru anggota parti itu agar berani bersuara berlandaskan fakta dan landasan yang tepat.

"Bukan kita mengatakan suara (UMNO) sekarang sudah tidak kedengaran tetapi yang penting ialah untuk kita suarakan hak-hak yang hakiki kepada orang Melayu berasaskan Perlembagaan UMNO sendiri dan Gagasan 1Malaysia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais turut menarik perhatian perwakilan dan pemerhati bahawa Perlembagaan Persekutuan turut mengandungi fasal yang menjaga hak dan bidang kepentingan untuk semua kaum.

Beliau berkata, kepentingan semua kaum itu bermaksud supaya rakyat Malaysia pelbagai kaum dan keturunan dapat hidup rukun damai sebagaimana visi dan misi di bawah gagasan 1Malaysia.

Selain itu, Rais juga menasihatkan generasi muda dalam UMNO supaya menitikberatkan kebajikan rakyat dalam perjuangan mereka dan bukan semata-mata mengejar nama dan pangkat.

"Ini kerana kita tidak boleh lari daripada tuntutan perjuangan dan tuntutan ini terasas kepada perlembagaan kita. Tinggal lagi generasi muda jarang hayati apa yang terkandung dalam perlembagaan kita iaitu dalam bentuk tujuan asasnya.

"Sebab itu, kita perlu kembali kepada nilai-nilai ini dan mempromosinya secara bersunguh-sungguh untuk masa akan datang," katanya.

Pemimpin sayap diingat jangan harap jawatan kerajaan

Para pemimpin sayap UMNO diingatkan agar tidak mengharapkan sebarang imbuhan berbentuk jawatan dalam kerajaan seperti menteri dan timbalan menteri selepas diberi kepercayaan untuk menerajui parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka sepatutnya kembali pada asas perjuangan sayap agar dapat terus menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas.

Beliau berkata, ahli-ahli sayap juga diminta memahami dan tidak kecewa apabila ketua mereka tidak mendapat jawatan dalam kerajaan kerana mereka mungkin ada tugas lain yang akan diberikan kelak.

‘‘Bukan semestinya mereka yang dilantik mengetuai sayap diberi jawatan kerana jawatan itu adalah hak Perdana Menteri. Bukan jawatan dalam parti yang akan tentukan jawatan kita dalam kerajaan, ini mereka mesti faham.

‘‘Kalau pada masa akan datang Ketua Pemuda akan dilantik (jawatan kerajaan) kita tak tahu, tetapi setakat ini jika tidak dilantik barangkali ada tugas lain.

‘‘Masa saya jadi Ketua Pemuda dulu pun, saya tak ada jawatan dalam kerajaan. Saya tak bising pun dan saya masih berkhidmat sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar Kali Ketujuh di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo; Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan beberapa pemimpin UMNO Bahagian di Selangor.

Sehubungan itu Tengku Adnan berkata, pemimpin dan ahli sayap UMNO diminta tidak terlalu memikirkan masalah jawatan yang hanya akan merosakkan parti.

Pembangkang menyusup jadi ahli UMNO ?

Pakatan pembangkang di negeri ini dikesan mengubah strategi mereka dengan menyusup masuk sebagai ahli UMNO untuk memecahbelahkan parti itu dari dalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mendedahkan perkara itu berkata, pembangkang menggunakan taktik tersebut kerana semakin terdesak selepas ceramah politik mereka tidak mendapat sambutan manakala UMNO pula terus mendapat sokongan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli UMNO supaya berhati-hati dan tidak melayan sekiranya ada pihak tertentu cuba melaga-lagakan sesama mereka.

''Satu demi satu cara digunakan untuk meruntuhkan UMNO tetapi mereka tidak berjaya dan kini mengubah strategi dengan masuk ke dalam UMNO. Cucuk sana dan cucuk sini kerana hanya dengan meretakkan UMNO, barulah mereka akan jadi kuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut meminta semua ahli UMNO di negeri ini tidak mengambil sikap duduk dalam zon selesa sebaliknya sentiasa berada dalam 'zon perang'.

Katanya, mulai sekarang, ahli UMNO perlu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan menepis tohmahan dan fitnah yang ditabur pembangkang.

''Kita perlu bekerja kerana pada waktu ini kita berada dalam zon perang dan suasana perang memerlukan kita memakai pakaian perang iaitu perlu bersiap siaga dan semangat kita perlu kuat," ujar beliau.

Mengulas mengenai perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, barulah sekarang mereka tahu mereka tidak mampu menahan keinginan untuk merebut 'harta rampasan perang'.

Katanya, apa yang berlaku itu sama seperti dalam cerita 'Ali Baba Bujang Lapuk' apabila mereka berebut-rebut harta.

''Perebutan ini antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali iaitu siapa yang hendak dapat lebih dan mereka berebut sakan," katanya.

Jangan jadi 'makhluk dua alam' - Zahid


Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan UMNO Bahagian Kuala Krau kepada pelajar dari Pusat Pemilihan Dalam Komuniti Jengka 19 dan Jengka 21 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau, Temerloh, semalam.


Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak menjadi 'makhluk dua alam' kerana sikap sedemikian boleh menjadi senjata untuk pembangkang melemahkan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perbuatan menikam dari belakang adalah antara faktor yang melemahkan UMNO selain menjadi senjata kepada pembangkang sebagai bahan kempen dalam pilihan raya.

Katanya, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai kekuatan tetapi sikap bermuka-muka ahli UMNO membuka ruang dan kekuatan kepada pembangkang.

"Sikap ahli UMNO seperti itu sengaja menempah musibah dan menyebabkan parti berada seperti telur di hujung tanduk.

"Sebenarnya kita boleh memenangi semula beberapa negeri yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang jika kita membuang sikap menikam dan memburuk rakan-rakan dalam parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian itu.

Ahmad Zahid kesal dengan sikap sesetengah ahli dan pemimpin UMNO yang menyalahgunakan teknologi maklumat seperti Internet, e-mel, blog dan Facebook untuk mendedahkan pelbagai keburukan pemimpin UMNO yang mereka tidak senangi.

"Tulisan yang memburukkan pemimpin terbabit akan dicetak oleh pembangkang dan digunakan untuk kepentingan politik mereka terutama pada pilihan raya.

"Semasa berkempen, pembangkang akan berkata, bukan kami yang memburukkan calon atau pemimpin UMNO tetapi ia didedahkan sendiri ahli-ahli parti menerusi Internet, blog, Facebook dan sebagainya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menasihatkan pemimpin bahagian dan cawangan supaya mengikis sikap sombong dan zalim kepada masyarakat akar umbi

Pemuda lebih proaktif tarik pengundi muda

Pergerakan Pemuda UMNO akan mengambil langkah lebih proaktif dalam menarik pengundi muda di negara ini.

Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Razali Ibrahim berkata, Pemuda akan mendekati golongan itu dalam memastikan kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

‘‘Dengan semangat dan perjuangan yang tinggi, kita akan berusaha menarik kira-kira lima juta pengundi muda untuk mendaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

‘‘Cabaran kita untuk mendekati pengundi muda semakin mencabar dengan senario politik hari ini tetapi itu bukan alasan Pemuda untuk tidak mendekati mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, dekat sini malam ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar; Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal dan Ketua Pemudanya, Mohd. Razlan Muhammad Rafii.

Menurut Razali, usaha untuk menarik golongan muda ini akan dilaksana melalui program-program Pemuda di seluruh negara.

“Kita yakin lebih ramai golongan itu akan mendaftar sebagai pengundi.

“Semua Ketua Pemuda negeri, bahagian dan cawangan harus melipatgandakan usaha untuk menarik sokongan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional,’’ jelasnya.

Pemuda BN turun padang baiki rumah daif

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program 'Jelajah Desa' bagi membaik pulih rumah keluarga miskin tegar di perkampungan terpencil di seluruh negara bermula akhir bulan ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, program yang membabitkan semua pergerakan Pemuda parti itu bertujuan meningkatkan keselesaan kepada golongan sasar supaya mereka dapat mendiami rumah yang lebih sempurna.

Katanya, program Jelajah Desa turut mendapat kerjasama Pusat GiatMara berikutan institusi latihan itu mempunyai tenaga pelatih dan kepakaran dalam bidang pembinaan yang dapat dimanfaatkan secara maksimum.

''Program bersama GiatMara itu sangat berkesan dalam membantu seberapa ramai golongan miskin tegar mendapat faedah hasil keprihatinan Pemuda BN.

''Rumah keluarga miskin akan dibaik pulih sepenuhnya melalui kepakaran pelatih GiatMara dengan peruntukan kira-kira RM10,000 sebuah,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai gotong-royong membaiki rumah seorang ibu tunggal, Rosiah Sani, 31, di Kampung Chatin Atas, Mentakab dekat sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, program di Kampung Chatin itu merupakan perintis sebelum diperluaskan ke kawasan pedalaman, kampung baru, estet dan perkampungan Orang Asli.

Tambah beliau, pemimpin Pemuda BN seperti UMNO, MCA dan MIC diminta mengesan keluarga miskin tegar yang layak untuk dibaiki rumah mereka secara gotong-royong.

Bagi tujuan itu, katanya, pemimpin Pemuda BN perlu mendapat kerjasama ketua kampung untuk mendapat senarai keluarga termiskin di kawasan berkenaan bagi dipertimbangkan bantuan membaiki rumah.

''Pendekatan turun padang membantu golongan miskin didapati sangat berkesan dalam menghayati hati nurani rakyat yang memerlukan perhatian dan pertolongan kerajaan,'' katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menambah, program Jelajah Desa itu akan diadakan secara besar-besaran akhir bulan ini di seluruh negara dengan harapan tidak wujud lagi rumah daif yang tidak selamat didiami.

Beliau turut meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta membantu dari segi kepakaran dan kewangan supaya lebih banyak rumah keluarga miskin serta daif mendapat faedah daripada program itu.

TPM bidas tindakan Anwar

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis dan Yahudi semata-mata mahu mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin parti pembangkang itu sanggup menghalalkan apa sahaja bagi memenuhi perjuangan asalnya yang berasaskan nafsu amarah dan hanya memikirkan soal mendapatkan kuasa.

“Sikap seperti sesumpah ini maknanya bertukar-tukar kata, bila berjumpa dengan satu pihak di sini dia kata, kita mesti mengecam Israel dan Zionis tetapi apabila ke luar negara, pergi Amerika Syarikat (AS), dia minta maaf.

“Jadi sikap yang berdolak dalik ini bermakna satu pembohongan yang tujuannya tidak lain tidak bukan, iaitu untuk mempengaruhi pengundi supaya menyokong beliau menjadi Perdana Menteri kerana sejak dahulu lagi hajat dia masih belum tercapai, sebab itulah dia menghalalkan segala-galanya asalkan tercapai cita-cita,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat tidak terpedaya dengan politik ‘sesumpah’ yang diamalkan Anwar yang lebih mementingkan politik peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, hubungan baik antara Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi dan Zionis sudah lama diketahui umum.

“Dia pandai memutar belit fakta, kita semua tahu siapa Anwar sebelum ini pun,” jelasnya.

Perubahan UMNO mesti pantas

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu perubahan dalam parti itu dilakukan dengan lebih pantas dan tidak boleh perlahan seperti manusia yang berjalan 'lenggang lenggok yang longlai'.

Beliau berkata, perubahan tersebut penting agar seiring dengan transformasi kerajaan dan sebagai persediaan UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, perubahan landskap politik kini menuntut perubahan dijalankan dengan pantas supaya UMNO dilihat masih relevan seiring perkembangan zaman.

''Walaupun transformasi yang kerajaan lakukan bergerak pantas, ia tidak seiring perubahan politik UMNO yang perlahan seperti lenggang lenggok yang longlai.

''Perubahan UMNO mesti cepat, soal yang penting adalah masa tidak menyebelahi kita, masa sudah agak terhad dan terbatas.

''Risiko hari ini adalah kita tak boleh rasa selesa, biasa dan keadaan sebegini tak boleh dibiarkan. Ini ancaman bagi kedudukan kita,'' katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; timbalannya, Ayub Jamil dan naib ketua bahagian itu, Ja'affar Hashim.

Muhyiddin berkata, perubahan yang terlalu perlahan dikhuatiri menimbulkan persepsi seolah-olah UMNO belum bangkit daripada 'tsunami' politik pada pilihan raya umum lalu sehingga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat lebih lantang menyuarakan perjuangan membela nasib orang Melayu.

Beliau menggesa usaha yang lebih agresif dijalankan dalam menambah bilangan ahli, jumlah pendaftar pemilih dan mencari jalan bagi mengatasi tanggapan silap terhadap UMNO.

Tambahnya, masalah dalaman parti juga tidak boleh dibiarkan berlarutan hanya kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat, sebaliknya hubungan dalam parti perlu diperkukuhkan.

"Johor menjadi tumpuan parti lawan. Pembangkang sudah namakan siapa yang akan bertanding dan di kawasan mana. Mereka juga cuba membangkitkan kebencian terhadap kerajaan," katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit Sulong, beliau berkata, perjuangan membela nasib orang Melayu dan mendapatkan hak untuk kaum itu seperti termaktub dalam Perlembagaan, tidak boleh dianggap sebagai satu isu perkauman.

"DAP tuduh yang saya ultra Melayu. Mereka tanya saya Melayu dulu atau Malaysia dulu. Saya jawab Melayu dulu.

"Jika saya tanya Lim Kit Siang, Cina dulu atau Malaysia dulu. Semua orang tahu DAP adalah parti perkauman," katanya.

Empat perkara nilai sikap rakyat terhadap UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara yang boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, keempat-empat perkara tersebut perlu dinilai oleh pemimpin dan ahli UMNO untuk menentukan tahap penerimaan rakyat kepada parti itu.

Menurutnya, perkara pertama adalah kepuasan rakyat terhadap kepimpinan parti di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan nasional mengenai sesuatu program yang dijalankan.

''Perkara kedua ialah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diteroka atau geran hak milik tanah sementara (TOL).

''Bagi parti pula, kepimpinan daripada peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian akan dinilai oleh masyarakat bagaimana mereka mentadbir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Perdana Menteri memberitahu, perkara terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih sama ada mereka disenangi pengundi atau sebaliknya.

Menurut Najib, jika pemimpin dan ahli parti gagal dalam keempat-empat perkara tersebut dan tidak mencapai kepuasan rakyat, UMNO dan BN berhadapan masalah besar apabila tiba pilihan raya.

''Justeru saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," tegasnya.

Pada penggulungan itu juga, beliau menggesa semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai UMNO.

Tegasnya, soal pendaftaran ahli tidak dibuat secara bermusim sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat orang ramai menyertai UMNO.

Terdahulu, mesyuarat itu meluluskan usul menyokong Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen perjudian sempena Piala Dunia 2010.

Usul yang dikemukakan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd. Arippin Daud itu tetap mempertahankan keputusan Kabinet tersebut walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

Bukti pemimpin PKR, Raja Petra bersubahat


Muhyiddin Yassin menunjukkan cakera padat (CD) lagu Warisan Batu Pahat yang dilancarkannya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, semalam. Turut hadir Dr. Mohd. Puad Zarkashi (kanan) dan Ja'affar Hashim (kiri). - BERNAMA


BATU PAHAT 4 Julai - Hubungan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan pengendali portal antikerajaan, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin membuktikan parti tersebut bersubahat dengan lelaki yang sedang diburu pihak berkuasa itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebab itu Zaid setakat ini tidak bersedia untuk tampil menafikan hubungan mereka.

"Kalau Zaid nak nafi dia patutnya tampil ke depan mengatakan saya tiada kena mengena, kalau dia tak nafikan, maknanya dia memang ada hubungan dengan Raja Petra dan kita semua tahu apa tujuan dan maksud perkara itu," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kerajaan mempunyai bukti Raja Petra yang kini tinggal di London telah dibiayai oleh PKR.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga meminta Zaid memberi penjelasan kepada rakyat tentang hubungannya dengan Raja Petra.

Muhyiddin berkata, gambar antara Zaid dengan Raja Petra baru-baru ini juga menunjukkan dengan jelas hubungan PKR dan Raja Petra yang sehingga kini melarikan diri daripada pihak berkuasa