Ahad, 19 September 2010

Selamat kembali.....

Hari ini tanggal 20/09/2010 kkb Jr kembali ke arena penulisan blog selepas 3 bulan menyepikan diri bagi memberi laluan kepada pihak pembangkang bermaharajalela dengan membuat pelbagai onar...Hari ini juga merupakan hari yang ke-11 umat Islam meraikan Aidilfitri...Merupakan hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan melakukan ibadat puasa di bulan Ramadhan...Di kala ini kita dapat melihat pelbagai perkara yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang amat menyakitkan mata,hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam...Mereka berterusan mempersendakan agama Islam yang merupakan agama rasmi di Malaysia...Apa tindakan kita sebagai penganut agama Islam yang merupakan agama suci??Adakah kita bertindak??Di hadapan mata kkb Jr sendiri dikala umat Islam di Malaysia ini melakukan ibadat puasa Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan memo melarang penggunaan masjid bagi melakukan program penghayatan Ramadhan...Ahli Dewan Undangan Negeri DAP juga menghina umat Islam pada bulan Ramadhan yang lepas dengan berpakaian tidak sopan ketika menyampaikan bantuan Aidilfitri di sebuah masjid di Kajang....Adakah umat Islam di Malaysia nie melakukan tindakan??Malah ada segelintir umat Islam yang menyokong tindakan Adun tersebut...Masya Allah mengapa ini semua terjadi??
Sedarlah wahai umat Islam...Bangkitlah dari lena yang panjang....Jangan tidur lagi....