KUCHING 17 Mei - Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam yang dimenangi DAP tidak bermakna pakatan pembangkang melalui jalan mudah untuk menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom berkata, walaupun berlaku sedikit perubahan dalam senario politik di Sibu namun ia bukan satu mimpi ngeri kepada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya kecil itu tidak akan mempengaruhi sokongan dan keyakinan pengundi kepada parti-parti komponen BN Sarawak pada pilihan raya negeri nanti.
“Kita (BN) akan memberi yang terbaik pada pilihan raya negeri akan datang dan kita akan merampas semula kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya selepas menghadiri pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan