Azamuddin yang ditemani oleh dua peguam mewakilinya, N Surendran dan Latheefa Koya serta wakil PIBG, Monalisa Mokhtar tiba di IPK kira-kira jam 5.20 petang sebelum keluar 40 minit kemudian.
Surendran yang ditemui berkata, Azamuddin dipanggil bagi memastikan keterangan diberikan sebelum ini konsisten dan tidak bercanggah faktanya.
“Dia (Azamuddin) ditanya sembilan soalan berulang sama seperti sebelum ini dan beberapa soalan tambahan berhubung kejadian berkenaan.
“Antara soalan ditanya lebih menjurus kepada bilakah kali terakhir tembakan dilepaskan, di mana Azamuddin memberitahu tembakan dilepaskan ketika kereta sedang bergerak sebelum terbabas melanggar tembok dan tiada tembakan dilepaskan selepas kereta berhenti,” katanya ketika ditemui di IPPK Selangor, di sini, semalam.
Katanya, Azamuddin memberi keterangan yang sama seperti ketika dipanggil sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan tahap profesionalisme polis ketika proses keterangan saksi utama insiden tersebut diambil.
Sementara itu ketika ditanya berhubung lawatan panel khas yang ditubuhkan berhubung kes ini ke lokasi dan laluan tempat kejadian malam kelmarin, Latheefa mempersoalkan mengapa lawatan tersebut dijalankan pada waktu malam kira-kira jam 11 malam dan peguam mewakili mangsa tidak dimaklumkan.
“Tindakan ini jelas boleh dipersoalkan kerana mengapa ia tidak dijalankan pada waktu siang,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan