Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan itu tepat dan wajar sebagai usaha melindungi hak generasi masa depan rakyat Sarawak, Sabah dan Malaysia sendiri.
”Saya juga akan mencadangkan Husam mengetuai Jawatankuasa Khas Pakatan Rakyat bagi menyaman Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang.
”Saya sendiri akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas yang bakal diketuai Husam ini diwujudkan pada mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, selain mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, DAP juga jelasnya bersetuju dengan cadangan Husam supaya Perdana Menteri menyediakan kertas putih berkaitan isu tersebut.
”Datuk Seri Najib (Tun Razak) tegasnya perlu mendedahkan kepada awam segala bentuk surat dan dokumen antara Putrajaya, Brunei, Sabah, Sarawak dan syarikat minyak negara iaitu Petronas yang berkaitan dengan penyerahan kawasan bersempadan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan