Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap polis. “Satu Panel Memantau Siasatan Polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan lantikan itu nanti akan pertimbangkan mereka yang benar-benar bebas, kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ia perlulah melalui proses keadilan,” katanya kepada media selepas merasmikan serentak mesyuarat 30 cawangan UMNO bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini, semalam. Hishamuddin berharap menerusi lantikan panel itu kelak, ia dapat memantau siasatan dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan keadilan. Beliau berharap semua pihak menunggu hasil siasatan itu dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan. Hishammuddin turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang sering kali membuat kenyataan yang langsung dilihat tidak pernah memihak kepada polis. “Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi sama apabila terdapat anggota polis ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?” katanya. Mengulas mengenai kejadian seorang pengawal keselamatan keluarga Diraja Kelantan cedera parah selepas ditembak di dada oleh individu tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat dua hari lalu, Hishammuddin berkata, polis masih menyiasat kes itu. “Saya belum dapat laporan berkenaan, polis mengambil serius kejadian itu,” katanya. :- Bernama |
Ahad, 2 Mei 2010
Rakyat perlu adil
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan