Khamis, 30 April 2009

Gangguan bekalan air di Lembah Klang

Bagi Kuala Lumpur, kawasan yang terbabit ialah Jalan Padang Tembak; Jalan

Semarak; Jalan Kent; Jalan Gurney; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM;

Felda; UTM; Pusat Latihan Telekom; Jalan Ampang Hilir; Jalan U-Thant; Taman

Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Taman Putra Sulaiman; Taman Cahaya; Taman Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Bandar Tasik Permaisuri; kawasan Desa Pandan; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kencana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Komersial; Kawasan Pandan Utama; dan Pandan Mewah.

Gangguan di semua kawasan itu bermula jam 8 malam hingga 4 pagi keesokannya.

Gangguan di Wilayah Hulu Langat pula akan berlaku pada 14 Mei mulai jam 5

petang hingga 9 pagi keesokannya dan kawasan yang terbabit ialah Taman Sungai Besi Indah 1 hingga 3; kawasan Industri KTM Balakong; Taman Bukit Belimbing; Taman Juara Jaya; Taman Sri Timah; Taman Harmoni Indah; Tanming Jaya 2; Taman Balakong Jaya; dan Taman Puncak Jaya.

Syabas berusaha meminimumkan kawasan yang terlibat dengan sambungan cara

alternatif lain seperti mengalihkan bekalan dari saluran paip air yang lain, kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan

Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.-Bernama

Tiada ulasan: