Khamis, 10 September 2009

BN sudah ada calon.....

PORT DICKSON: “Kita sudah mempunyai gambaran siapa yang akan bertanding. Siapa dia dan berapa bilangannya (calon), itu rahsia,” kata Ketua Umno bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, mengulas mengenai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurutnya, senarai itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan Umno negeri dan Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) apabila diminta berbuat demikian nanti.

“Calon yang dipilih itu mendapat sokongan sebulat suara dari Umno bahagian yang bermesyuarat petang semalam,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Umno bahagian itu di Port Dickson Golf Club, di sini, petang semalam. Turut hadir Timbalannya, Datuk Ismail Taib.

Mohd Isa bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan bilangan calon yang akan dikemukakan untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Tiada ulasan: