Khamis, 10 September 2009

Saman tuntut RM218j terhadap Umno ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak dengan kos tuntutan saman RM218 juta yang difailkan syarikat Elegent Adisory Sdn Bhd (plaintif) terhadap Umno (defendan) berhubung dakwaan parti itu gagal membayar perbelanjaan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11, pada 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater turut memerintahkan syarikat itu membayar RM10,000 kepada Umno. Keputusan itu dibuat dalam kamarnya dengan dihadiri peguam kedua-dua pihak.

Dalam penghakimannya, beliau memberikan dua elemen penting bagi menolak tuntutan saman berkenaan iaitu tiada kontrak antara kedua-dua pihak berhubung pembekalan barang-barang pilihan raya itu.

Selain itu, plaintif gagal memenuhi Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang mana plaintif tidak boleh membuat tuntutan bagi pihak ketiga.

Tiada ulasan: