Isnin, 14 Jun 2010

Nik Nazmi nafi letak jawatan

SHAH ALAM 14 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam tempoh terdekat ini.

Ketika dihubungi, Nik Nazmi berkata, beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut yang turut mengaitkan hubungannya dengan Abdul Khalid ketika ini 'bermasalah'.

Malah, Nik Nazmi turut menafikan yang beliau akan dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaik sahaja meletakkan jawatan setiausaha politik yang disandangnya sejak 2008.

"Tidak ada (letak jawatan). Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini.

"Saya tak nak komen mengenai perkara ini. Kalau ada pengumuman, (Pengarah Komunikasi PKR), saya tunggu pengumuman itu," katanya.

Nik Nazmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura akan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor kerana akan dilantik menerajui salah satu biro dalam PKR.

Bagaimanapun, terdapat desas-desus mengatakan peletakan jawatan Nik Nazmi itu akan dibuat kerana ADUN Seri Setia itu dikatakan tidak lagi sehaluan dengan Abdul Khalid.

Tiada ulasan: