KUALA LUMPUR 15 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh mengumumkan keluar daripada DAP.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, hanya Keshvinder yang dapat menjelaskan sebab-sebab beliau bertindak sedemikian.
"Mesti ada suatu sebab kenapa dia keluar daripada parti. Dia tak puas hatikah atau dia hilang keyakinan dan sebagainya.
"Saya rasa elok kita tanya dialah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Guru-Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 2010 di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Keshvinder hari ini yang mengumumkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra kepada BN.
Menurut Keshvinder, beliau kecewa dengan kepimpinan DAP dan pakatan pembangkang Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan