Selasa, 8 Jun 2010
Fenomena politik semasa....
Sepertimana yang kita ketahui Barisan Nasional telah mengalami tsunami politik sewaktu Pilihanraya Umum ke -12 yang lalu.Sudah 2 tahun 3 bulan perkara tersebut berlaku.Banyak perkara yang dapat dipelajari akibat dari tsunami politik tersebut.Antaranya ialah kuasa rakyat dalam menentukan kepimpinan negara dan arah tujunya.Selama ini rakyat sering ditipu dan dikaburi mata oleh perlakuan pemimpin atasan tp kini keadaan tersebut telah banyak berubah.Negara dibawah kepimpinan DS Najib telah banyak melakukan transformasi bagi memenangi hati rakyat.Tahniah buat Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak turun padang menyelami hati dan kehendak rakyat semenjak beliau mengambil tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.Dari masa ke semasa rakyat sudah mula menerima kepimpinan beliau.Akan tetapi masih banyak kesilapan dan kelemahan didalam parti UMNO yang tidak kita sedari.Sebagai contoh di peringkat akar umbi yang masih berlumba-lumba membuat duit tanpa memperdulikan rakyat yang sedang memerhatikan perlakuan mereka tersebut.Semua Bahagian UMNO perlu membuat rombakan dan pemutihan secara besar2an.Ini perlu dilakukan bagi memastikan UMNO terus mendapat tempat dan terus relevan bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia.Buat pengetahuan saudara/saudari pembaca sekalian banyak sekali Ketua Cawangan/Ketua Wanita Cawangan/Ketua Pemuda Cawangan/Ketua Puteri Cawangan yang tidak menyalurkan peruntukan kepada ahli2 yang bertungkus lumus dalam Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor yang lepas.Kemana perginya peruntukan tersebut??Kenapa masih ada pemimpin diperingkat Cawangan yang masih tidak telus dalam pemberian peruntukan??Ini amat2 mengecewakan.Semua pemimpin peringkat Cawangan perlu adil dan telus dalam pemberian peruntukan.Jangan disebabkan duit anda semua kelabu mata dan hilang pertimbangan sampai sanggup memakan duit hasil orang lain.Kalau keadaan berterusan maka UMNO sendiri akan hancur akibat perbuatan oleh ahli2 mereka sendiri.Maka sia2 la slogan 'SAYANGI SELANGOR YAKINI BN' dan 'BN MAMPU BERUBAH' yang diilhamkan sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tempoh hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan