Khamis, 3 Jun 2010

Kabinet baru bukti perkongsian kuasa BN: Penganalisis

SHAH ALAM - Pelantikan Ahli Dewan Negara ke jawatan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan perkongsian kuasa antara komponen parti dalam Barisan Nasional (BN).

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, , Najib bertindak mengikut kuasanya dalam Perlembagaan Negara berdasarkan asas permuafakatan dan perkongsian kuasa politik.

Menurutnya, lantikan Ahli Dewan Negara seharusnya tidak menjadi isu kerana mereka juga adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan rombongan kecil dalam kabinet yang hanya melibatkan menteri MCA adalah bercanggah dengan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal tindakan Najib melantik sebegitu ramai Senator untuk menganggotai kabinet barunya.

Katanya, pelantikan berkenaan langsung tidak mencerminkan sebuah ‘Kabinet Rakyat’ kerana Senator yang dilantik itu bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik parti-parti komponen BN semata-mata.

Tiada ulasan: