PETALING JAYA 13 Jun - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas bersedia melepaskan jawatan dalam tempoh lima tahun lagi bagi memberi peluang golongan muda yang berkebolehan menerajui kepimpinan parti itu.
Menurutnya, ini bagi memastikan proses peralihan kuasa dalam parti berjalan lancar tanpa menyebabkan perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli-ahli.
"Saya akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari sekarang demi kepentingan parti dan bagi memberi ruang kepada pemimpin baru untuk menerajui PPP.
"Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut saya mahu anggota PPP mencari calon yang berkebolehan diangkat sebagai pemimpin parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung PPP Selangor 2010 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz yang juga Naib Presiden PPP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan