Khamis, 10 Jun 2010

Ulama, profesional kunci Pas

MACHANG 10 Jun - Gabungan ulama dan profesional dalam Pas membantu menjadi kunci utama kejayaan parti tersebut sehingga kini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, kekuatan yang ada pada kedua-dua golongan itu saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada percanggahan pendapat kerana golongan profesional lebih cenderung menggunakan hukum akal.

"Sebab itu perlunya tarbiyah dan kita akan memberikan tarbiyah kepada mereka supaya dapat mewujudkan profesional ulama dan ulam profesional.

"Adanya hubungan jalin yang rapat antara kedua-dua golongan itu merupakan rahsia kekuatan Pas sejak sekian lama," katanya pada sidang akhbar selepas Ucaptama Ketua Dewan Ulama di sini hari ini.

Harun berkata, sesetengah ahli Pas terlalu yakin dengan keupayaan akal mereka sehingga menganggap semua perkara yang tidak diterima akal sebagai tidak relevan dan tidak perlu diambil kira dalam perbahasan dan perbincangan.

"Jika pada suatu masa dahulu, pemikiran sebegini hanya kedengaran di luar sana, tetapi pada zaman teknologi moden ini, semua perkara menggunakan pertimbangan akal,'' jelasnya

Tiada ulasan: