Nik Abdul Aziz Nik Mat bergurau dengan Nasharudin Mat Isa (dua dari kanan) dan Mustafa Ali (kiri) di Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik), Pangkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – BERNAMA |
KOTA BHARU 11 Jun – Bukan ditolak Pas Kelantan tetapi Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sendiri tidak mahu gambarnya dipaparkan pada kain pemidang atau poster muktamar tahunan parti itu kali ini.
Demikian jawapan yang diberikan oleh Presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai desas desus bahawa Nasharudin masih tidak ‘dialu-alukan’ oleh ahli-ahli Pas negeri ini.
Pada masa yang sama juga Abdul Hadi menafikan bahawa hubungannya dengan Nasharudin tidak semesra dahulu.
“Mana ada, dia (Nasharudin) sendiri tidak mahu gambarnya digantung.
“Kalau tak mesra, kami tidak macam ini,” katanya sambil menepuk bahu Nasharudin yang duduk di sebelah kanannya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Semalam timbul persoalan apakah Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok sudah ditolak di Kelantan berdasarkan tidak ada satu pun gambar pemimpin nombor dua parti itu dipaparkan pada poster atau kain pemidang yang dipasang di seluruh bandar Kota Bharu.
Situasi itu turut menarik perhatian salah seorang perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas di Machang semalam yang mahu penjelasan kenapa tiada gambar pemimpin nombor dua itu.
Kain pemidang dan poster di sekitar bandar ini hanya memaparkan wajah Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia disebabkan isu kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi selepas pilihan raya umum lalu.
Hubungan di antara wakil rakyat Bachok itu dengan Pas Kelantan dikatakan mula retak apabila beliau diserang secara terbuka oleh Nik Abdul Aziz yang dianggap cuba membawa ‘sampah’.
Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan hubungan kedua-dua pemimpin itu kurang mesra disebabkan kegagalan Nasharudin untuk memainkan peranan sebagai orang nombor dua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan