Khamis, 1 Julai 2010

Pas Selangor anggap Karpal jahil

SHAH ALAM 1 Julai - Pas Selangor menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai konsep negara Islam acuan Pas adalah salah sebagai kata-kata orang yang jahil.

Bagaimanapun Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, sebagai sahabat Pas, Karpal tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu dan perlu berfikir sebelum menyatakannya.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal agar membuktikan kesahihan kenyataannya itu.

''Sebagai orang Islam kita perlu menerima pandangan yang bukan Islam dan itu hak dia untuk memberi pandangan.

''Jika yang memberikan kenyataan itu bukan Islam dan mungkin dia tidak tahu.

''Bagaimanapun sesiapa yang dah berkawan dengan kita (orang Islam), sepatutnya menghormati kita kerana bila dah berkawan kita perlu berbaik-baik," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz mencabar Karpal supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Beliau menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Roslan Shahir berkata, beliau tidak kesal dengan apa yang dikatakan oleh Karpal itu kerana ia keluar dari mulut orang bukan Islam.

''Jika UMNO yang cakap kesal sebab ahli UMNO orang Islam. Karpal ini bukan Islam jadi kita boleh dakwahkan dia," ujar beliau.

Tiada ulasan: