Khamis, 17 Jun 2010

Kashvinder yakin dengan BN

KUALA LUMPUR 17 Jun - Keyakinan terhadap keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda pembangunan di Perak menjadi dorongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh menyokong parti itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, ia satu petanda positif bahawa BN semakin diterima termasuk dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang sendiri.

"Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diterima rakyat.

"Jadi, dengan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, sudah pasti dia boleh terus berkhidmat kepada pengundi di kawasannya," katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pengurusan Sistem Keselamatan Lebih Efektif Melalui Teknologi sempena Pameran Antarabangsa Mengenai Teknologi dan Keselamatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden AMP Exhibitions, Tan Sri Dr. Ahmad Babjee.

Selasa lalu, Keshvinder mengambil tindakan keluar DAP dan mengumumkan statusnya sebagai ADUN Bebas yang menyokong BN kerana kecewa dengan kepimpinan DAP yang disifatkannya sebagai cenderung berjuang atas dasar dan kepentingan peribadi semata-mata

Tiada ulasan: