Ahad, 20 Jun 2010

Wanita sedia hadapi pilihan raya umum

TEMERLOH 20 Jun - Wanita UMNO sudah melakukan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, pergerakan itu telah menyusun strategi termasuk majlis penerangan, pendaftaran ahli, gerak kerja kempen dan senarai jentera sebagai persiapan pilihan raya.

Menurutnya, Wanita UMNO sentiasa melipatgandakan aktiviti dan gerak kerja mendekati rakyat terutama pengundi wanita yang dianggap menjadi penentu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

''Kami sentiasa turun padang untuk meyakinkan rakyat terutama menerusi kempen dari rumah ke rumah yang selama ini menjadi strategi yang cukup berkesan menarik pengundi," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan dan Juara Rakyat Peringkat Parlimen Temerloh di sini semalam.

Tiada ulasan: