Khamis, 17 Jun 2010

Kepercayaan tidak wujud dalam DAP

IPOH 17 Jun – Tindakan DAP meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat perjanjian ganti rugi RM5 juta jika keluar parti menunjukkan kepercayaan dan semangat kekeluargaan tidak wujud di dalam parti tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau juga difahamkan, DAP meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat perjanjian supaya semua elaun yang diterima dimasukkan ke dalam akaun parti terlebih dahulu sebelum diagih-agihkan kepada mereka.

Katanya, ia menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti yang bersikap terbuka tetapi suka mengawal dan menguasai segala-galanya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat mereka sendiri.

‘‘Inilah cara DAP mengawal semua wakil-wakil rakyatnya dan ia merupakan salah satu punca kenapa wujudnya rasa tidak selesa di kalangan wakil rakyat mereka dengan tekanan-tekanan yang dibuat oleh pimpinan parti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan: