Ahad, 20 Jun 2010

Pemuda UMNO perlu pendekatan baru

PULAU PINANG 20 Jun - Pemuda UMNO perlu mencari satu kelainan atau pendekatan baru untuk berhadapan dengan pembangkang jika mahu parti itu terus dipilih rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, perubahan itu amat penting dilakukan kerana kaedah biasa yang digunakan ketika ini terbukti gagal untuk menawan dan memenangi semula hati rakyat.

Justeru kata Razali, Pemuda UMNO perlu terus bekerja keras tanpa mengira sama ada negeri tersebut dikuasai pembangkang atau kerajaan kerana yang paling penting rakyat perlu disedarkan dan ditunjukkan mengenai perangai sebenar pemimpin pembangkang yang mereka pilih.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian persidangan tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong di sini hari ini.

Tiada ulasan: