Isnin, 21 Jun 2010

UMNO mesti berani.....

UMNO satu-satunya parti politik nasionalis Melayu kini sedang hebat dilanda pelbagai 'ujian'.Antara ujian yang dihadapi adalah seperti berikut :

- Krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan 'pergeseran' di peringkat kepimpinan UMNO di beberapa buah negeri

- Integriti dan kepimpinan UMNO dalam Barisan Nasional seringkali 'dipersoalkan' oleh parti-parti komponennya

- Cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat

- Kepercayaan dan sokongan rakyat yang semakin terhakis sejak perletakan jawatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

- Wujudnya sikap 'tidak ambil peduli' dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong UMNO terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan dalam UMNO.

Nampaknya UMNO harus berani melakukan transformasi secara besar-besaran terutamanya dalam kalangan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat kerana merekalah yang mencorak dan menentukan hala tuju parti UMNO.Tanpa sifat berani, tiada apa yang boleh dilakukan oleh UMNO untuk memulihkan imej dan kredibilitinya pada 'mata rakyat'.Masih belum terlewat bagi UMNO untuk berbuat demikian.Sebaliknya, jika UMNO 'takut' untuk berubah, mungkin satu hari nanti, ia hanya 'berada' di muzium dan arkib menjadi tontonan pelawat sebagai 'bahan' sejarah yang membuktikan bahawa negara ini pernah satu ketika dahulu diperintah oleh sebuah parti politik nasionalis Melayu yang dikenali sebagai UMNO.

Wassalam.....

Tiada ulasan: