Isnin, 21 Jun 2010

Tian Chua masih ahli Parlimen Batu

KUALA LUMPUR 21 Jun - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan Tian Chua masih kekal sebagai Ahli Parlimen Batu sehingga kerajaan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membuat keputusan berhubung kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata, usul itu akan hanya dibentangkan selepas segala hak-hak perundangan Tian Chua berakhir termasuk proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan untuk melucutkan jawatan seseorang ahli Parlimen atau mengekalkannya bukanlah terletak di tangan saya sebaliknya menerusi undian di Dewan Rakyat.

"Prosedur yang betul ialah saya tidak boleh menulis surat dalam kapasiti saya sebagai ini (Speaker) kepada SPR dengan memberitahu kerusi itu kosong. Ini mesti ditentukan oleh Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Tiada ulasan: