Isnin, 21 Jun 2010

SPR tunggu selesai proses perundangan

PUTRAJAYA 21 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu sehingga proses undang-undang melibatkan kedudukan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua selesai sebelum mengambil tindakan susulan menentukan kedudukan kerusi berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, Tian Chua mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 atas kesalahan mencederakan polis tiga tahun lalu, yang menimbulkan persoalan kemungkinan dia hilang taraf wakil rakyat.

"Proses undang-undang masih belum selesai dan sehingga habis proses ini, pihak-pihak berkenaan selepas itu pasti akan menghantar notis muktamad kepada SPR bagi menentukan sama ada berlaku atau tidak kekosongan kerusi Batu.

"Penasihat Undang-Undang SPR pada masa sama juga sedang meneliti perkara ini manakala Peguam Negara juga dipercayai sedang membuat penilaiannya," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan: