Sabtu, 19 Jun 2010

Ketua Wanita jadi 'pangkalan kebajikan'

KLUANG 19 Jun - Pergerakan Wanita UMNO akan menggerakkan kira-kira 19,000 ketua Wanita cawangan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) bersama Komandan Skuad Sayang untuk menjadi 'pangkalan kebajikan' di seluruh negara.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Pangkalan Kebajikan itu berfungsi untuk membantu menyelesaikan masalah kebajikan secara berkesan di peringkat akar umbi.

"Jika terdapat mana-mana kes kebajikan yang terlepas pandang, memerlukan pembelaan dan perhatian, kes-kes tersebut boleh dirujuk kepada pangkalan kebajikan supaya tindakan lanjut boleh diambil oleh saya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Cawangan dan Skuad Sayang akan memaklumkan kepada ketua wanita bahagian seterusnya kepada ibu pejabat untuk dimaklumkan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Sembrong yang turut dihadiri, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.

Shahrizat berkata, kes kebajikan yang dirujuk kepada pangkalan kebajikan dibuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

Tiada ulasan: