Selasa, 1 Jun 2010

'Perkara biasa dalam politik'

KUALA LUMPUR 1 Jun - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng yang digugurkan daripada jawatannya berikutan rombakan Kabinet hari ini menyifatkan perkara itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Katanya, perkara itu juga merupakan hak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pastinya mendapat nasihat daripada Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

"Sebenarnya, saya tidak boleh komen kerana ini keputusan Presiden MCA yang menghantar senarai nama kepada Perdana Menteri.

"Mungkin dia telah memilih orang yang lebih baik untuk mengisi jawatan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jeck Seng telah memegang jawatan tersebut sejak 10 April tahun lalu.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini, jawatan yang disandang Jeck Seng digantikan dengan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu @ Gan Ping Shou.

Tiada ulasan: