Sabtu, 22 Mei 2010

Manikavasagam nafi dakwaan keluar PKR

SHAH ALAM 22 Mei - Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam (gambar) hari ini menafikan beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana digembar-gemburkan oleh pihak tertentu baru-baru ini.

Beliau menyifatkan khabar angin yang disebarkan itu merupakan helah mereka bagi menimbulkan kekeliruan dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Itu semua hanya khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini.

Manikavasagam berkata demikian ketika mengulas khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet bahawa beliau akan mengadakan sidang media pada 2 petang ini di sebuah hotel di sini bagi mengumumkan tindakan keluar parti. - BERNAMA

Tiada ulasan: