Jumaat, 7 Mei 2010

Husam akui kewujudan GMC

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mengakui kewujudan syarikat Global Media Channel (GMC) yang sebelum ini didakwa oleh blogger, Kickdefella, namun menafikan ia bertujuan untuk memburukkan imej Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II berkata, penubuhan GMC tidak terikat dengan mana-mana pihak dan lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan Kerajaan Negeri mahupun parti.

“GMC yang diurus oleh seorang yang profesional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.

“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” katanya ketika mengadakan ceramah di sini, kelmarin.

Syed Azidi sebelum ini membuat satu dakwaan mengenai tindakan pihak-pihak tertentu memberikannya peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepimpinan Abdullah.

Beliau turut mendakwa kerajaan Pas Kelantan menyalurkan sumber kewangan itu untuk melaksanakan gerakan tersusun memburukkan kerajaan Pusat sekali gus memastikan Pas kekal berkuasa di negeri itu.

Menurut Syed Azidi, peruntukan tersebut diberikan bertujuan melaksanakan operasi gerak saraf melalui syarikat GMC yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim, Kelantan bermula Julai 2007.

Dalam masa yang sama, Husam turut mengakui menyumbang kepada penubuhan syarikat tersebut, namun katanya rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukkan itu diambil.

“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,

“Kalau berfikir dengan otak Pas, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan di jalan Allah dengan berlipat kali ganda,” katany

Tiada ulasan: